Showing posts with label PRINSIP REKAAN. Show all posts
Showing posts with label PRINSIP REKAAN. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

UNSUR SENI REKA>>>RUANG

 

A. Pengenalan
Ruang sememangnya disekeliling kita.Ia terdapat di mana-mana sahaja seperti di kawasan padang, almari, dewan, bilik darjah, kolam mandi, kertas lukisan dan sebagainya.Semua objek wujud dalam satu ruang,sebaai contoh ,bumi kita dikelilingi oleh ruang angkasa yang luas.ruang di permukaan bumi pula adalah terbatas.Ia dipenuhi oleh manusia,haiwan,tumbuhan,objek-objek semula jadi dan buatan manusia.
Ruang ialah jarak yang terdapat di antara dua objek.Ruang memainkan peranan penting,contohnya ruang memberikan keselesaan pada objek. Ia juga memberi ruang antara objek.Ruang ialah kawasan kosong yang mengelilingi sesuatu objek.Ruang juga boleh di taksirkan sebagai satu kawasan kosong yang terhasil apabila terdapat sesuatu objek yang tersusun mahupun tidak tersusun dalam sesuatu keadaan.Kawasan kosong merupakan jarak antara objek-objek.

Unsur-unsur seni seperti garisan,jalinan dan warna boleh digunakan untuk menimbulkan perbezaan ruang sama ada objek itu berada di hadapan atau di belakang.Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata dan ruang ilusi.Ruang nyata dan ruang fizikal ialah ruang yang boleh dilihat pada penghasilan seni arca,tembikar,anyaman,tenunan dan ukiran kayu.Manakala,ruang ilusi merupakan ruang yang terhasil pada permukaan dua dimensi iaitu pada lukisan atau catan.Antara contoh-contoh ruang ilusi ialah ruang positif,ruang negatif,ruang kedalaman,ruang cetek dan ruang tidak menentu.

a) Ruang positif

Ruang ini dikaitkan dengan semua kawasan yang dilukis dengan sesuatu objek.Ruang positif dikatakan satu kawasan yang mewakili objek tidak kira objek tesebut memenuhi separuh daripada permukaan kertas atau objek tersebut hanya memerlukan sedikit ruang.Ruang ini sering ini sering menjadi perkatian pemerhati dan menjadi keutamaan dalam menghasilkan sesuatu karya seni.

b) Ruang negatif

Ruang negatif ialah semua kawasan yang tidak digunakan atau diabaikan dalam penghasilan sesuatu karya.Kawasan ini biasanya tidak memjadi perhatian para pemerhati,tetapi elemen ruang ini memainkan peranan penting dalam manghasilkan sesuatu lukisan.Ruang dapat menentukan sama ada objek yang dilukis tepat atau atau tidak terutamanya dalam melukis objek yang lebih daripada satu atau di susun-susun.

c) Ruang Kedalaman

Ruang ini dikaitkan dengan catan dan landskap.Iaitu ruang yang dapat menunjukan suasana yang tertentu yang jauh kedalam pada permukaan dua dimensi.Ia juga merupakan satu ruang yang terdapatnya objek-objek yang pelbagai saiz.Ia terhasil apabila terdapatnya perbezaan jarak yang ditunjukan melalui garisan,ton warna dan lain-lain.Ia dapat menghasilkan pespektif dalam suatu karya seni.Ia juga merujuk kepada satu ruang yang terdapat sebaharian objek yang hanya diwakili dengan bentuk-bertuknya,sehngga objek-objek itu terhapus pada satu titik perspektif.

d) Ruang Cetek

Ialah ruang yang boleh dilihat dengan satu pandangan sahaja dan pandangan terhad serta terhenti pada suatu sudut.Ruang ini terhasil apabila seseorang menghasilkan karya close up.Selain itu karya ini tetbentuk apabila seseorang pengkarya itu hanya mementigkan suatu kawasan tertentu sahaja.Ruang ini tidak meminbulkan ruang perspektif kerana ia digunakan secara minimum.

e) Ruang Tidak Menentu

Ruang ini ialah ruang positif dan ruang negatif yang tidak seimbang.Ruang ini dapat dihayati dari karya yang terpengaruh dengan aliran kubisme,juga digunakan dalam karya yang berbentuk abstrak.Karya yang menggunakan ruang ini biasanya makna sebenar karya ini sukar untuk ditakrifkan.

f) Jenis-Jenis Ruang

Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata dan ruang ilusi.Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca.Manakala ruang ilusi pula ialah ruang hasil penglihatan mata.

B. Perhubungan Ruang Dengan Warna

Warna dapat menimbulkan ruang dalam karya seni. Contohnya pada suatu latar yang cerah, warna gelap dapat menimbulkan ruang yang dekat.

C. Perhubungan Ruang Dengan Garisan

Garisan yang berlainan saiz,kedudukan dan fungsi dapat mewujudkan pelbagai perasaan ruang.Saiz yang besar dan saiz yang kecil dapat menentukan jarak ruang.Kedudukan garisan juga dapat membezakan adanya ruang di tengah-tengah garisan tersebut.

D. Perhubungan Ruang Dengan Bentuk

Ruang penting dalam penghasilan semua bertuk tiga dimensi.Dalam seni arca penggunaan ruang yang betul dapat mencipta arca yang menarik dan seimbang.Bentuk tidak akan berubah pada kedudukannya.Ruang sememangnya mempunyai hubungan dengan bentuk.

Ruang tidak kelihatan pada pandangan mata,tetapai ia masih wujud.Kedudukan ruang dalam objek dalam ruang diukur melalui saiz objek trsebut.Dalam karya seni visual,pelukis mesti bijak menentukan saiz ruang.Dengan ini penghayat boleh mengukur jarak ruang dengan cara melihat objek yang diletakannya.

E. Perhubungan Ruang Dengan Perspektif

Ilusi ruang dalam seni 2D(lukisan atau catan)boleh dihasilkan melalui system perspektif.Perspektif merupakan satu teknik mengambarkan imejan tiga dimensi di atas permukaan dua dimensi dengan menggambarkan dimensi ketiganya iaitu kedalaman.Mengikut prinsip perspektif,objek yang berada pada jarak jauh akan kelihatan lebih kecil berbanding objek yang berada dihadapan.Sesuatu objek boleh dilihat dari sudut yang berlainan,sebagai contoh:

a)Sudut atas

b)Sudut bawah

c)Sudut hadapan

d)Sudut tepi(kiri dan kanan)

Kedudukan garisan perspekti bergantung pada paras pandangan mata seseorang.Selain itu ia berubah dari sgi saiz,ketinggian dan kelebarannya mengikut jarak tertentu.Garisan yang selari kelihatan condong dan semakin berdekatan di permukaan dua dimensi dan akhirnya akan bertemu dengan titik lenyap atau lesap.

Perspekti terbahagi kepada dua iaitu

I. Perspektif linear

Ia digunakan untuk melukis bentuk-bentuk yang bersifat geometri seperti kotak,rumah,kereta dan sebagainya.Terdapat beberapa kaedah yang penting untuk dalam melukis yang berpandukan kepada prinsip perspektif linear iaitu

ü Garisan-garisan selari akan kelihatan bertemu di garisan ufuk(kaki langit).Titik pada garisan ufuk memperlihatkan garisan-garisan selari itu kelihatan seolah-olah bertemu dikenali sebagai titik lenyap.

ü Faktor jarak akan mempengaruhi saiz sesuatu objek itu.Ojek-objek yang berada pada tempat yang jauh kelihatan lebih kecil ataupaun pendek berbanding dengan objek-objek yang berada pada kedudukan yang dekat.

II. Perspektif Atmosfera

Penggunaan warna untuk menimbulkan ilusi ruang adalah dikenali sebagai perspektif atmosfera.Prinsip ini hanya sigunakan dalam catan sahaja.Perbezaan dari segi kedudukan objek di dalam ruang ditimbulkan oleh perubahan nilai warna.Objek yang berada pada jarak jauh akan kelihatan lebih pudar berbanding objek yang berada pada jarak yang lebih dekat.

BENTUK

 

A. Pengenalan
Bentuk mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri iaitu keluasan, ketinggian, kelebaran ketebalan dan jisim serta lebih dari satu permukaan.Ini bermakna bentuk itu pejal,mempunyai isi padu dan wujud dalam ruang tiga dimensi.

Sesuatu bentuk juga boleh dihasilkan dengan menambahkan form.Rangka bentuk akan dihasilkan dengan gambaran yang menunjukan tanda mainan cahaya di atas permukaan bentuk.Sinaran dari satu punca cahaya akan jatuh ke atas sesebuah bentuk mengikut rangkanya.

Biasanya permukaan yang dekat pada cahaya akan kelihatan lebih cerah.Form sesuatu bentuk dapat diwujudkan dengan menggunakan kesan nilai yang terang.

Terdapat beberapa teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk menimbulkan form pada sesuatu bentuk.Antaranya ialah:

a)Teknik garisan.

b)Teknik lorekan.

c)Teknik jalinan.

d)Teknik catan.

Rupa dihasilkan apabila penghujung sesuatu garisan bertemu dengan permulaannya.Bentuk mempunyai ciri-ciri seperti keluasan,ketinggian dan jisim.Permukaan dilengkapi dengan unsur-unsur seni seperti jalinan,ton dan ruang.Ini bermakna apabila melukis bentuk seekor ikan dan sekuntung bunga,permukaannya adalah berisi dan tidak seperti rupa yang mempunyai permukaan kosang.

B. Ciri-Ciri Bentuk

a) Bentuk Dua dimensi

Mempunyai ciri-ciri jalinan,garisan,warna dan ruang untuk menimbulkan ilusi dalam karya dan menjadikan imej yang terbentuk kelihatan realistik.

b) Bentuk Tiga Dimensi

Mempunyai ciri-ciri isi padu,panjang,kelebaran sifat-sifat fizikal yang lengkap.

C. Jenis-Jenis Bentuk

a) Bentuk konkrik

Ialah bentuk objek yang sebenar dan bersifat tiga dimensi.Ia dapat dilihat,disentuh dan dirasa.Ia terdiri daripada objek-objek yang maujud.Antara karya seni berbentuk konkrit ialah arca,tembikar dan anyaman.

b) Bentuk Ilusi

Bentuk ilusi ialah bertuk yang bersifat dua dimensi iaitu karya yang direka di atas permukaan rata seperti gambar,lukisan,catan dan cetakan.Ia hanya dapat dilihat dan tidak dapat dirasa dengan deria sentuh.Bentuk ilusi yang sama rata apabila disentuh juga disebut bentuk maya kerana dicipta melalui penggunaan unsur-unsur seni yang menimbulkan gambaran ilusi.

Bentuk ilusi menimbulkan kesan psikologi kepada penghayat seni.Ruang maya yang wujud pada minda memberi gambaran menarik untuk dihayati.Bentuk ilusi memberikan kesan memdalam.

Bentuk Manusia Melukis bentuk manusia memerlukan pemerhatian yang tajam dan latihan yang tekun.Untuk mencapai taraf kesempurnaan dalam bentuk lukisan ini,gerak-geri,penyataan muka,bahagian tangan dan kaki orang yang hendak dilukis haruslah dititik berat.

Setiap bahagian bentuk tubuh manusia mempunyai ukuran saiz yang tertentu.Pengetahuan anatomi manusia penting untuk melukis bentuk badan manusia.Anatomi manusia boleh dibahagikan kepada nisbah tertentu iaitu biasanya menggunakan 8 unit untuk lelaki dan tujuh setengah untuk perempuan 7 unit untuk perempuanKadar terpilih adalah menurut seperti menurut unit-unit berikut:
a)Kepala-1 unit

b)Badan-2 unit

c)Kepala ke lutut-5 unit

d)Kepala ke tapak kaki-7 unit

Antara langkah-langkah yang dilakukan untuk melukis bentuk badan manusia:
a)Pelukis perlu memahami nisbah asas sebagai ukuran untuk melukis keseluruhan bentuk badan.

b)Memahami kedudukan otot dan rangka adalah penting.Melalui pemahaman yang jelas pelukis dapat menentukan struktur kedudukan manusia.Kekuatan dan ketajaman dari fahaman ini menjadikan lukisan figura nampak hidup dan meyakinkan.
c)Kedudukan dahagian belakang badan manusia perlu juga diberi perhatian.Ini memberikan kesan kepada pelukis menerapkan bentuk anatomi.Kebiasaan pelukis binbang untuk melukis di bahagian belakang figura.Oleh itu pelukis mesti menjalani pelbagai latihan untuk memahami kedudukan otot-otot tersebut.

PRINSIP-PRINSIP REKAAN

Pengenalan

Terdapat tujuh prinsip rekaan dalam seni yang merupakan tatacara yang penting untuk menyesuaikan unsur-unsur seni supaya suatu hasil seni adalah bermutu.Ketujuh-tujuh prinsip rekaan ini ialah harmaoni, keseimbangan, pergerakan ,kesatuan, kepelbagaian ,kontra dan penegasan.

A. Harmoni

Harmoni ialah gabungan unsur-unsur seni yang sesuai dalam suatu gubahan untuk melahirkan satu gubahan yang menarik dan selesa untuk dilihat.Prinsip harmoni bertanggungjawab mewujudkan kesatuan dalam hasil karya.

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghasilkan prinsip harmoni.Antaranya ialah penyusunan unsure-unsur rupa bentuk yang menghala kea rah yang sama seperti susunan motif corak pada bati lukis,penggunaan warna,rupa dan bentuk dari jenis yang sama,susunan unsur rupa.

Pada jarak yang sama atau penyusunan huruf-huruf di dalam reka bentuk poster serta melalui susunan rupa di dalam keadaan yang sama.Antara contoh ciptaan alam yang bersifat harmoni ialah, urat, daun, sisik ikan dan susunan kulit siput.

B. Keseimbangan
Keseimbangan ialah ialah keadaan yang sebanding atau tidak berat sebelah yakni sama antara satu sama lain.Imbangan terdapat dua jenis iaitu imbangan simetri dan tidak simetri.

Imbangan simetri boleh ditentukan dengan satu garisan lurus di bahagian tengah reka bentuk.Sebaliknya jikakedua-dua bahagian itu tidak sama maka ia dipanggil imbangan tidak simetri.Imbangan simetri boleh ditentukan berdasarkan garis lurus yang dibina di tengahsuatu objek.

Manakala imbangan tidak simetri pula merupakan objek yang tidak seimbang dari segi rupa bentuknya.kedua-dua bahagian bentuk tidak dapat diimbangi.Ia berbentuk tidak sama ukur.

C. Pergerakan

Prinsip pergerakan merupakan susunan unsur-unsur seni secara berulang-ulang atau berlapis-lapis.Susunan ini menimbulkan irama atau ilusi pergarakan dalam gubahan sesuatu benda.
Kesan-kesan pergerakan boleh dihasilkan oleh unsur-unsur garisan,rupa dan bentuk.Ia terhasil apabila terdapat kesinambungan dari satu unsur kepada satu unsur yang lain.Rupa yang tunggal tidak mempunyai prinsip pergerakan tetapi jika beberapa rupa yang sama diulangi ia secara bertindan-tindan akan akan menghasilkan pergerakan.

Antara contoh pergerakan semula jadi ialah seperti pergerakan ombak,air terjun dan hujan.Kesan-kesan pergerakan pelbagai saiz dapat memberikan ilusi pergerakan.Kesan pergerakan boleh wujud hasil daripada pengulangan imej.Imej yang bertindang secara berturutan memberikan kesan ilusi.

D. Kesatuan
Kesatuan ialah percampuran pelbagai objek untuk membentuk satu objek yang lain atau objek yang lebih berfungsi dan mempunyai makna yang lebih bererti.Dalam seni tampak kesatuan ialah prinsip yang murtamad dalam semua reka bentuk.

E. Kepelbagaian
Prinsip kepelbagaian ialah penggabungan pelbagai unsur-unsur seni dan idea-idea dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian menjadikan sesuatu hasil karya itu menjadi menarik dan tidak membosankan dari segi visualnya.Contoh-contoh prisip kepelbagaian banyak didapati pada karya-karya seperti iklan,mural,ilustrasi kulit majalah serta reka bentuk tekstil.

Prinsip kepelbagaian tidak boleh digunakan secara keterlaluan kerana kesatuan sukar untuk dicapai serta menimbulkan kecelaruan dalam sesuatu hasil karya.Selain penggunaan pelbagai unsur seni yang pelbagai, penggunaan media serta teknik yang berbeza-beza juga boleh menimbulkan kepelbagaian.

F. Kontra
Apabila wujud unsur-unsur yang bertentangan dalam sesuatu gubahan ia adalah kontra.Unsur yang bertentanagan ini adalah lebih daripada satu unsur.Ini akan menimbulkan kesan percanggahan dan dapat mewujudkan daya tarikan.

Tujuan kontra ialah untuk menonjolkan sesuatu yang menarik perhatian audien atau orang ramai dan seterusnya mesej yang hendak disampaikan dapat disampaikan dengan lebih berkasan.Selain itu kontra digunakan untuk penegasan dan kepelbagaian.

Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan prinsip kontra di dalam sesuatu hasil karya contohnya penggunaan garisan secara bertentangan arah,jalinan yang berlainan nilai kromanya.rupa yang berlainan jenis ataupun saiz yang berlainan boleh meninbulkan kesan kontra.

Kesan-kesan ini ditempatkan secara berdekatan akan menghasilkan kesan kontra yang lebih jelas.Jika semakin jauh ia ditempatkan maka semakin kuranglah kesan kontranya.

G. Penegasan
Penegsan ialah penonjolan suatu idea ataupun tema dalam sesuatu reka bentuk supaya ia menjadi tarikan utama.Cara ini dapat menunpukan perhatian terhadap mesej utama yang ingin disampaikan.

Terdapat pelbagai cara untuk menunjukan penegasan dalam sesuatu karya contohnya,menggariskan sesuatu objek utama, membulatkannya, mewarnakannnya , mencondongkan, menukar saiz dan menggunakan jenis muka taip yang berlainan.

Penegasan boleh diperoleh terutamanya melalui kontras contohnya perbezaan arah dalam reka corak dapat memberi penegasan juga perbezaan dari segi saiz,warna,rupa dan bentuk yang hendak ditegaskan ialah bahagian yang mempunyai sifat yang berlainan.Dalam penghasilan sesuatu hasil karya pelukis perlu bijak dalam merancang sesuatu reka letak serta perkara yang hendak dijadikan sebagai subjek utama.

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...