Wednesday, September 28, 2011

PENGENALAN

 

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni.Warna dapat diperolehi dimana-mana sahaja.Warna juga mempengaruhi personaliti dan psikologi seseorang.Personaliti seseorang itu dapat ditonjolkan melalui warna kegemarannya.

Dalam bidang psikologi seni,warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.Warna yang terang dan cerah dapat menimbulkan dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira.Manakala warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan meram dan sedih.
Dalam seni visual,warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan.Selain itu warna juga boleh menjadikan sesuatu gubahan itu menarik.Warna dihasilkan oleh cahaya,tanpa cahaya warnatidak akan wujud.Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikan dari permukaan sesuatu objek.

Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia dan boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu.Roda warna adalah gambaran visual warna yang ditetapkan mengikut hubungan warna antara satu dengan yang lain.Bermula dengan posisi roda warna,warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain,kemudian tercipta warna sekunder dan tertier .

Pemahaman mengenai warna pada zaman ini dimulakan dengan penemuan Sir Isaac Newton.Pada masa itu, ahli sains sering mempersoalkan bagaimana pelangi terbentuk .Seperti yang kita tahu,pelangi mempunyai tujuh warna .Bagaimanakah tujuh warna itu terhasil? Pelbagai pendapat dikeluarkan mengenai fenomena ini.Pada tahun 1666 beliau menggunakan prisma bagi melihat hasilnya.Beliau adalah orang pertama yang membahagikan warna kepada tujuh warna. Selain itu , Newton juga percaya,cahaya dan warna adalah zarah yang bergerak dalam garisan lurus dan pendapatnya itu benar.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment...

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...