Showing posts with label Warna. Show all posts
Showing posts with label Warna. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

SUHU WARNA


Suhu warna tidak dapat diamati oleh pancaindera mata.Ianya hanya dapat dihayati melalui emosi.Ia boleh dinilai melalui nilai estetika.Kesemua warna boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu warna panas dan warna sejuk.Suhu warna akan memberi kesan yang tersendiri dan ia boleh dianggap sebagai laluan lain untuk mengatur dan menyusun_skema_warna.
Warna panas dapat menimbulkan kesan yang bertenaga,garang,cahaya kuat,harapan dan dekat.Warna panas dapat menimbulkan pelbagai perasaan seperti gembira, bersemangat, bertenaga, huru-hara,cemas dan lain-lain.Ia juga dapat menghidupkan lagi tema sesuatu hasil karya seperti catan yang bertemakan peperangan,kesedihan ,gembira dan sebagainya.

Warna Panas adalah warna yang mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang daripada keluarga warna sejuk. Keluarga warna ini terdiri daripada warna merah,jingga,ungu dan kuning . Keluarga warna ini bersifat merangsang sesuatu aktiviti yang aktif dan kreatif . Ia lebih merangsang minda aktif dan aktiviti fizikal .Ini bermakna, aktiviti yang melibatkan jasmani dan keaktifan minda, contohnya bersukan.

Kualiti bagi warna sejuk dan juga panas memberi kesan kepada hue warna yang berada dipersekitarannya.Darjah kesejukan dan kepanasan sesuatu warna boleh berubah atau dipengaruhi oleh kualiti warna persekitaran.Contohnya ketinggian darjah kesejukan boleh ditingkatkan dengan meletakan warna penggenap berhampirannya iaitu warna jingga.

Warna sejuk berlainan dengan keluarga warna panas. Keluarga warna ini banyak terlibat dengan aktiviti minda separa sedar. Keluarga warna ini juga berkait rapat dengan aktiviti yang berkaitan dengan emosi dan minda automatik ataupun kelebihan minda separa sedar yang meliputi memori ,khayalan,imaginasi , dan fantasi . Oleh itu , aktiviti yang bersesuaian dengan keluarga warna ini adalah muzik , menulis ataupun meditasi . Panjang gelombang warna-warna ini adalah lebih pendek daripada keluarga warna panas. Keluarga warna ini terdiri daripada warna biru,indigo dan violet.

Jenis-jenis warna(Roda Warna)

clip_image002

a) Warna_asas(Primer)
Warna asas disebut juga warna utama.Dalam pendidikan seni visual warna adalah berbaza-beza dengan warna dalam warna-warna utama dalam sains fizik.Warna-warna terdiri daripada warna merah,biru dan kuning.Ia dihasilkan oleh bahan pewarna atau pigmen.

Warna-warna ini adalah asli dan tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain.Bermacan-macan jenis warna dapat dibentuk atau dihasilkan daripada hasil ampuran warna-warna ini.Hasil campuran warna-warna sekunder menghasilkan warna tertier.Warna asas ialah warna yang paling hebat kuasanya.

Warna asas dapat menghasilkan warna lain berdasrkan peringkat-peringkat tertentu . Dikatakan lebih 10 Juta warna dapat dihasilkan menggunakan warna asas ini sahaja.

b) Warna_kedua(sekunder)
Warna sekunder bermula apabila Newton memasukkan jumlah yang sama ke dalam rodanya iaitu warna asas dan terhasil warna lain. Newton meletakkan warna di antara dua warna asas. Gabungan dua warna asas pada kuantiti yang sama menghasilkan warna biru. Warna inilah yang dikenali sebagai warna sekunder . Merah bercampur dengan biru menghasilkan hijau , merah bercampur dengan biru menghasilkan warna violet.

Warna ini adalah campuran daripada dua warna asas. Kuasa atau nilai warna sekunder adalah agak rendah berbanding warna asas.Tetepa ia lebih kuat daripada warna tertier.

Contoh campuran warna tersebut ialah.
a)Warna hijau (biru + kuning)
b)Warna jingga(merah + kuning)
c)Warna ungu (biru + merah)

c) Warna Ketiga (Tertier)

Warna peringkat ketiga ini menrupakan hasil dengan penggabungan yang sama rata antara warna asas dan warna sekunder. Contohnya warna biru bercampur dengan warna violet menghasilkan warna indigo . Warna lain yang terhasil pada peringkat ini adalah merah jingga , kuning jingga , kuning-hijau , biru-violet (ungu) dan merah violet(ungu) . Warna pada peringkat ini dikenali sebagai warna generasi ketiga, warna ketiga atau tertier.

Warna ketiga ialah ialah hasil campuran warna dua warna yang bersebelahan di dalam roda warna.Sekiranya satu warna sekuder maka maka terhasilah warna tertier.warna-warna tertier ialah:
a)Kuning hijau (kuning+hijau)
b)Kuning jingga(kunig+jingga)
c)Merah ungu(merah+ungu)
d)Merah jingga(merah+jingga)
e)Biru hijau(biru+hijau)
f)Biru ungu(biru+ungu)
Warna-warna sekunder ini menimbulkan kesan-kesan yang lebih lembut.Ia juga dapat mengurangkan kehebatan warna asas dan warna sekunder jika digunakan bersama-sama.

PENGENALAN

 

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni.Warna dapat diperolehi dimana-mana sahaja.Warna juga mempengaruhi personaliti dan psikologi seseorang.Personaliti seseorang itu dapat ditonjolkan melalui warna kegemarannya.

Dalam bidang psikologi seni,warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.Warna yang terang dan cerah dapat menimbulkan dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira.Manakala warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan meram dan sedih.
Dalam seni visual,warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan.Selain itu warna juga boleh menjadikan sesuatu gubahan itu menarik.Warna dihasilkan oleh cahaya,tanpa cahaya warnatidak akan wujud.Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikan dari permukaan sesuatu objek.

Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia dan boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu.Roda warna adalah gambaran visual warna yang ditetapkan mengikut hubungan warna antara satu dengan yang lain.Bermula dengan posisi roda warna,warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain,kemudian tercipta warna sekunder dan tertier .

Pemahaman mengenai warna pada zaman ini dimulakan dengan penemuan Sir Isaac Newton.Pada masa itu, ahli sains sering mempersoalkan bagaimana pelangi terbentuk .Seperti yang kita tahu,pelangi mempunyai tujuh warna .Bagaimanakah tujuh warna itu terhasil? Pelbagai pendapat dikeluarkan mengenai fenomena ini.Pada tahun 1666 beliau menggunakan prisma bagi melihat hasilnya.Beliau adalah orang pertama yang membahagikan warna kepada tujuh warna. Selain itu , Newton juga percaya,cahaya dan warna adalah zarah yang bergerak dalam garisan lurus dan pendapatnya itu benar.

Tuesday, September 27, 2011

NILAI WARNA

a) Ton
Tona ialah nilai pancaran warna.iaitu dari terang ke gelap.Tona warna yang dihasilkan dengan campuran warna-warna asas atau sekunder satu demi satu dengan warna putih atau hitam dalam nisbah yang berlainan.Ia disusun dalam perkembangan teratur mengikut nilaian tonanya.

Tona warna amat berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi.Melalui tona warna juga bentuk tiga dimensi dapat dihasilkan dengan mengolah kesan pencahayaan yang jatuh pada permukaan objek.

Kesan perbezaan yang terdapat pada objek boleh dilakukan dengan kesan tona.Penambahan warna terang memberikan kesan pada kedudukan objek.Karya seni Norman Sunshine, Double fugue(diptych). Menunjukkan penggunaan ton warna dalam karyanya.

b) Kroma_warna
Kroma ialah ukuran nilai kuasa warna.Kroma warna terhasil apabila warna-warna penggelap dicampurkan dalam nisbah yang berlainan.Contohnya merah dan hijau,jingga dan biru,kuning dan ungu.Penggunaan warna secara bebas ini dapat melahirkan perasaan seperti kegembiraan,keganasan dan kematian.

Nisbah campuran dengan warna penggenapnya akan menentukan nilai kualitinya.Kroma warna dapat menentukan nilai kuasanya.Kroma warna dapat menimbulkan kesan warna yang lebih pudar daripada warna asalnya.

Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan sunyi,sedih,sunyi dan nostalgia.

c) Warna_Neutral
Warna neutral ialah warna kelabu.Iaitu tonnya terdapat antara hitam dan putih.Ia juga merujuk kepada kroma warna campuran dua warnapenggenap.Menggunakan nisbah yang sama untuk menghasilkan warna baru.

Warna kroma juga tidak mempunyai kesan langsung tetapi amat berkesan untuk mengurangkan kuasa-kuasa warna lain.Warna kroma biasanya digunakan bersama gubahan kombinasi warna penggenap supaya hasil kerja memjadi menarik.

Nilai kuasa warna agak kuat kesanya tetepi tidak menyakitkan mata.Warna neutral juga dapat melembutkan warna-warna itu.

Gubahan Warna

 

Terdapat tiga kumpulan gubahan warna, iaitu warna harmoni , warna penggenap dan warna sewarna.

a) Warna_Harmoni
Warna jenis ini ialah satu gubahan yang menggunakan warna-warna dari bahagian yang sama pada roda warna.Ini merupakan satu set atau kumpulan warna yang terletak bersebelahan antara satu sama lain pada roda warna.

Warna-warna harmomi ini terdiri daripada dua atau lebih warna dan juga dikenali sebagai warna sekeluarga.Warna ini dapat menimbulkan suasana selesa,menarik dan seimbang.Ia biasanya digunakan dalam corak tektil,kertas pembungkus hadiah dan sebagainya.Warna harmoni juga dapat ditaksirkan sebagai satu gubahan warna yang mempunyai keserasian dan kesesuian dari segi susunan warna-warnanya.

Kualiti pada jenis warna yang digunakan kebiasaanya bergantung kepada kuatiti atau nisbah warna yang digunakan.Penggabungan jenis warna ditemui tetapi apabila semua jenis warna panas atau sejuk digunakan dalam kombinasi warna.Walaubagaimanapun sedikit kuantiti dari warna komplimentari atau semula jadi kontras boleh menambahkan kepelbagaian bentuk warna.

Pendominan sesuatu warna dalam patten warna boleh berlaku melalui warna,nilai atau intensiti.Barisan warna yang luas kelihatan harmoni dengan menjadikan sesuatu warna tersebut berada pada tahap nilai atau intensity yang sama.

clip_image002

 
 

Contoh penggunaan warna harmoni dalam kehidupan harian.

 

b) Warna_Penggenap
Warna kategori ini merupakan gubahan yang menggunakan warna dari bahagian yang bertentangan yang terdapat pada roda warna. Contohnya , hijau dengan merah,biru dengan jingga.

Warna penggenap yang segar , kaya , dan bertenaga itu dapat menimbulkan kesan kontra,getaran dan pergerkan amat sesuai digunkan untuk ciptaan hasil karya seni komunikasi seperti poster,ilustras ,pembungkusan, iklan , papan tanda,simbol,logo dan sebagainya.

Tidak seperti gubahan sewarna,warna kumpulan ini tidak memberi kesan kesatuan dalam gubahan seni.Gubahan warna penggelap memberi kesan bergetar dan bercanggah.

Warna penggelap dapat menimbulkan kesan kontra,getaran dan pergerakan.Warna penggelap dikatgorikan dalam kumpulan warna yang segar,keadaan bertenaga.Contoh warna-warna penggelap adalah seperti berikut:
a)Biru dan Jingga

b)Merah dan Hijau

c)Kuning dan Ungu

d)Merah Jingga dan Biru Hijau

e)Kuning Hijau dan Merah Unggu

f)Biru Ungu dan Kuning Jingga

 

 

Contoh penggunaan warna penggunaan warna penggenap dalam kehidupan harian.

c) Sewarna
Warna ini juga dikenali sebagai sewarna atau monokromatik (monokromatik).Ia merupakan suatu warna yang dihasilkan melalui pelbagai ton.Warna sewarna adalah hasil gubahan warna yang menggunakan campuran warna hitam dan putih.

Tujuan campuran adalah untuk mendapatkan satu siri warna dalam pelbagai ton.Penggunaan warna ini sewarna ini dapat menimbulkan suasana harmoni dan selesa.Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih.Nilai warna akan terus meningkatkan jika dicampurkan dengan warna hitam. clip_image004clip_image006

Gubahan warna ini dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa untuk ciptaan corak tekstil , hiasan dalaman , ubin,perabot,dan sebagainya walaupun akan menimbulkan kebosanan apabila dipandang lama-lama.

 
 

Contoh penggunaan warna sewarna dalam karya.

clip_image008

Aplikasi Warna

Warna Bertindak (Tindakan Warna)
Warna bertindak atau tindakan warna ialah warna latar ataupun warna yang berada dikelilingnya.Warna yang sama pada warna latar belakang yang berlainan akan menimbulkan kesan.Sesuatu warna itu akan kelihatan terang apabila di kelilingi warna latar yang gelap.

Warna itu akan kelihatan pudar jika dikelilingi oleh warna latar yang muda(terang).Ini bermakna bahawa warna putih atau kuning akan kelihatan lebih terang dan menonjol atas latar berwarna hitam atau biru.Tindakan ini dikenali sebagai kontra. Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas ketara,tindakan positif dapat dihasilkan.Tindakan negatif dapat dihasilkan apabila dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang hampir sama.

Pengetahuan tentang tindakan warna yang amat penting dalam proses penghasilan karya seni halus kerana kemahiran ini menimbulkan suasana dan perasaan tertentu . Begitu juga semasa dalam proses menghasilkan ciptaan seni grafik seperti logo,poster,corak,dan sebagainya agar kesan yang tertentu dapat diperoleh.

clip_image002

Perspekti Warna

clip_image004
Warna boleh menimbulkan ilusi ruang dan perspektif.Objek yang jauh akan kelihatan lebih lembut dan pudar.Objek yang dekat kedudukannya pada mata akan jelas dan warna agak gelap.Kesan perspektif akan kelihatan lebih jelas jika gubahan dibuat dalam warna harmoni atau sewenannya.

Warna Dalam Psikologi

Psikologi merupakan perasaan manusia yang secara semulajadi akan berubah mengikut keadaan dan suasana sesuatu tempat.Contohnya,jika sesuatu tempat itu berwarna sejuk akan menggambarkan suasana yang sejuk,gelap,suram dan sejuk.Manakala warna-warna panas pula kebiasaan dikaitkan sesuatu yang merangsang dan memberi semangat.

Emosi Dan Warna
Warna yang diatur atau disusun boleh digunakan mengikut kesesuian warna itu sendiri.Ia untuk menghasilkan mood ,idea yang simbolik dan emosi seseorang individu.Warna yang terdapat pada catan boleh menunjukan mood atau perasaan mengikut apa yang dianggap benar.Walupun begitu ,ia tidak boleh bersifat menghurai objek yang ingin digambarkan atau ingin diceritakan oleh pelukis.

Contohnya,warna merah kebisaannya menggambarkan perasaan ceria dan menarik.Warna biru pula menggambarkan perasaan kedamaian.Warna yang berbeza nilai dan kekuatan dalam hue warna boleh memberi kesan dan juga impak yang lebih besar bagi seseoran individu.

Warna Dan Budaya

Warna adalah unsur yang amat penting dalam segala ciptaan hasil seni malah mempengaruhi kehidupan dan budaya sesuatu masyarakat ayau bangsa.Contohnya warna kuning sering digunakan oleh masyarakat melayu dalam upacara penganugerahan,istiadat diraja dan perkahwinanBagi masyarakat cina,warna merah boleh membuatkan keluarga mereka bernasib baik.Antara pelbagai maksud lain warna ialah:
a)Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamian
b)Warna hijau menggambarkan kesegaran,alam sekitar dan dukacita
c)Warna putih menggambarkan kesucian,kebersihan dan kemurnian
d)Warna jingga menggambarkan kematangan,kepanasan dan kegembiraan.

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...