Showing posts with label UNSUR REKAAN. Show all posts
Showing posts with label UNSUR REKAAN. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

UNSUR SENI REKA>>> WARNA

 

a. Difinisi warna

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni.Warna dapat diperolehi dimana-mana sahaja.Warna juga mempengaruhi personaliti dan psikologi seseorang.Personaliti seseorang itu dapat ditonjolkan melalui warna kegemarannya.

b. Makna dalam warna

Dalam bidang psikologi seni,warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.Warna yang terang dan cerah dapat menimbulkan dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira.Manakala warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan meram dan sedih.

Dalam seni visual,warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan.Selain itu warna juga boleh menjadikan sesuatu gubahan itu menarik.Warna dihasilkan oleh cahaya,tanpa cahaya warnatidak akan wujud.Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikan dari permukaan sesuatu objek.

c. Jenis-jenis warna

I. Warna asas(Primer)
Warna asas disebut juga warna utama.Dalam pendidikan seni visual warna adalah berbaza-beza dengan warna dalam warna-warna utama dalam sains fizik.Warna-warna terdiri daripada warna merah,biru dan kuning.Ia dihasilkan oleh bahan pewarna atau pigmen.

Warna-warna ini adalah asli dan tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain.Bermacan-macan jenis warn adapt dibentuk atau dihasilkan daripada hasil ampuran warna-warna ini.Hasil campuran warna-warna sekunder menghasilkan warna tertier.Warna asas ialah warna yang paling hebat kuasanya.

II. Warna kedua(sekunder)
Warna ini adalah campuran daripada ua warna asas.Contoh campuran warna tersebut ialah. Kuasa atau nilai warna sekunder adalah agak rendah berbanding warna asas.Tetepa ia lebih kuat daripada warna tertier.
a)Warna hijau (biru + kuning)
b)Warna jingga(merah + kuning)
c)Warna ungu (biru + merah)

III. Warna Ketiga (Tertier)
Warna ketiga ialah ialah hasil campuran warna dua warna yang bersebelahan di dalam roda warna.Sekiranya satu warna sekuder maka maka terhasilah warna tertier.warna-warna tertier ialah:
a)Kunig hijau (kuning+hijau)
b)Kuning jingga(kunig+jingga)
c)Merah ungu(merah+ungu)
d)Merah jingga(merah+jingga)
e)Biru hijau(biru+hijau)
f)Biru ungu(biru+ungu)
Warna-warna sekunder ini menimbulkan kesan-kesan yang lebih lembut.Ia juga dapat mengurangkan kehebatan warna asas dan warna sekunder jika digunakan bersama-sama.

d. Nilai Warna

I. Ton
Ton ialah nilai pancaran warna.iaitu dari terang ke gelap.Ton warna yang dihasilkan dengan campuran warna-warna asas atau sekunder satu demi satu dengan warna putih atau hitam dalam nisbah yang berlainan.Ia disusun dalam perkembangan teratur mengikut nilaian tonnya.

Ton warna amat berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi.Melalui ton warna juga bentuk tiga dimensi dapat dihasilkan dengan mengolah kesan pencahayaan yang jatuh pada permukaan objek.Kesan perbezaan yang terdapat pada objek boleh dilakukan dengan kesan ton.Penambahan warna terang memberikan kesan pada kedudukan objek.

II. Kroma warna

Kroma ialah ukuran nilai kuasa warna.Kroma warna terhasil apabila warna-warna penggelap dicampurkan dalam nisbah yang berlainan.Contohnya merah dan hijau,jingga dan biru,kuning dan ungu.Penggunaan warna secara bebas ini dapat melahirkan perasaan seperti kegembiraan,keganasan dan kematianNisbah campuran dengan warna penggenapnya akan menentukan nilai kualitinya.

Kroma warna dapat menentukan nilai kuasanya.Kroma warna dapat menimbulkan kesan warna yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan sunyi,sedih,sunyi dan nostalgia.

III. Warna Neutral

Warna neutral ialah warna kelabu.Iaitu tonnya terdapat antara hitam dan putih.Ia juga merujuk kepada kroma warna campuran dua warna penggenap. Menggunakan nisbah yang sama untuk menghasilkan warna baru.Warna kroma juga tidak mempunyai kesan langsung tetapi amat berkesan untuk mengurangkan kuasa-kuasa warna lain.

Warna kroma biasanya digunakan bersama gubahan kombinasi warna penggenap supaya hasil kerja memjadi menarik.Nilai kuasa warna agak kuat kesanya tetepi tidak menyakitkan mata.Warna neutral juga dapat melembutkan warna-warna itu.

e. Gubahan Warna

I. Sewarna
Warna ini juga dikenali sebagai sewarna atau monokromatik(monokromatik).Ia merupakan suatu warna yang dihasilkan melalui pelbagai ton.Warna sewarna adalah hasil gubahan warna yang menggunakan campuran warna hitam dan putih.

Tujuan campuran adalah untuk mendapatkan satu siri warna dalam pelbagai ton.Penggunaan warna ini sewarna ini dapat menimbulkan suasana harmoni dan selesa.

II. Warna Harmoni
Warna jenis ini ialah satu gubahan yang menggunakan warna-warna dari bahagian yang sama pada roda warna.Ini merupakan satu set atau kumpulan warna yang terletak bersebelahan antara satu sama lain pada roda warna.Warna-warna harmomi ini terdiri daripada dua atau lebih warna dan juga dikenali sebagai warna sekeluarga.

Warna ini dapat menimbulkan suasana selesa,menarik dan seimbang.Ia biasanya digunakan dalam corak tektil,kertas pembungkus hadiah dan sebagainya.
Warna harmoni juga dapat ditaksirkan sebagai satu gubahan warna yang mempunyai keserasian dan kesesuian dari segi susunan warna-warnanya.Kualiti pada jenis warna yang digunakan kebiasaanya bergantung kepada kuatiti atau nisbah warna yang digunakan.
Pengganbungan jenis warna ditemui tetapi apabila semua jenis warna panas atau sejuk digunakan dalam kombinasi warna.Walaubagaimanapun sedikit kuantiti dari warna komlimentari atau semula jadi kontras boleh menambahkan kepelbagaian bentuk warna.Pendominan sesuatu warna dalam patten warna boleh berlaku melelui warna,nilai atau intensiti.Barisan warna yang luas kelihatan harmoni dengan menjadikan sesuatu warna tersebut berada pada tahap nilai atau intensity yang sama.

III. Warna Penggelap

Warna kategori ini merupakan gubahan yang menggunakan warna dari bahagian yang bertentangan yang terdapat pada roda warna.Contohnya,hijau dengan merah,biru dengan jingga.Tidak seperti gubahan sewarna,warna kumpulan ini tidak memberi kesan kesatuan dalam gubahan seni.

Gubahan warna penggelap memberi kesan bergetar dan bercanggah.Warna penggelap dapat menimbulkan kesan kontra,getaran dan pergerakan.Warna penggelap dikatgorikan dalam kumpulan warna yang segar,kayadan bertenaga.

Contoh warna-warna penggelap adalah seperti berikut:
a)Biru dan Jingga
b)Merah dan Hijau
c)Kuning dan Ungu
d)Merah Jingga dan Biru Hijau
e)Kuning Hijau dan Merah Unggu
f)Biru Ungu dan Kuning Jingga

f. Suhu Warna

Suhu warna tidak dapat diamati oleh pancaindera mata.Ianya hanya dapat dihayati melalui emosi.Ia boleh dinilai melalui nilai estetika.Kesemua warna boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu warna panas dan warna sejuk.Suhu warna akan memberi kesan yang tersendiri dan ia boleh dianggap sebagai laluan lain untuk mengatur dan menyusun skema warna.
Warna panas dapat menimbulkan kesan yang bertenaga,garang,cahaya kuat,harapan dan dekat.Warna panas dapat menimbulkan pelbagai perasaan seperti gembira, bersemangat, bertenaga ,huru-hara,cemas dan lain-lain.

Ia juga dapat menghidupkan lagi tema ssuatu hasil karya seperti catan yang bertemakan peperangan,kesedihan ,gembira dan sbgainya.Kualiti bagi warna sejuk dan juga panas memberi kesan kepada hue warna yang berada dipersekitarannya.Darjah kesejukan dan kepanasan sesuatu warna boleh berubah atau dipengaruhi oleh kualiti warna persekitaran.Contohnya ketinggian darjah kesejukan boleh ditingkatkan dengan meletakan warna penggenap berhampirannya iaitu warna jingga.

g. Warna Bertindak

Nilai kroma sesuatu bergantung pada warna latar ataupun warna yang berada dikelilingnya.Warna yang sama pada warna latar belakang yang berlainan akan menimbulkan kesan.Sesuatu warna itu akan kelihatan terang apabila di kelilingi warna atar yang gelap.Warna itu akan kelihatan pudar jika dikelilingi oleh warna latar yang muda(terang).

Ini bermakna bahawa warna putih atau kuning akan kelihatang lebih terang dan menonjol atas latar berwarna hitm atau biru.Tindakan ini dikenali sebagai kontrad.Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas ketara,tindakan positif dapat dihasilkan.Tindakan negative dapat dihasilkan apabila dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang hampir sama.

h. Perspektif Warna
Warna boleh menimbulkan ilusi ruang dan perspektif.Objek yang jauh akan kelihatan lebih lembut dan pudar.Objek yang dekat kedudukannya pada mata akan jelas dan warna agak gelap.Kesan perspektif akan kelihatan lebih jelas jika gubahan dibuat dalam warna harmoni atau sewenannya.

i. Warna Dalam Psikologi

Psikologi merupakan perasaan manusia yang secara semulajadi akan berubah mengikut keadaan dan suasana sesuatu tempat. Contohnya,jika sesuatu tempat itu berwarna sejuk akan menggambarkan suasana yang sejuk,gelap,suram dan sejuk.Manakala warna-warna panas pula kebiasaan dikaitkan sesuatu yang merangsang dan memberi semangat.

j. Emosi Dan Warna

Warna yang diatur atau disusun boleh digunakan mengikut kesesuian warna itu sendiri.Ia untuk menghasilkan mood ,idea yang simbolik dan emosi seseorang individu.Warna yang terdapat pada catan boleh menunjukan mood atau perasaan mengikut apa yang dianggap benar.Walupun begitu , ia tidak boleh bersifat menghurai objek yang ingin digambarkan atau ingin diceritakan oleh pelukis.Contohnya,warna merah kebisaannya menggambarkan perasaan ceria dan menarik.Warna biru pula menggambarkan perasaan kedamaian.Warna yang berbeza nilai dan kekuatan dalam hue warna boleh memberi kesan dan juga impak yang lebih besar bagi seseoran individu.

k. Warna Dan Budaya

Warna adalah unsur yang amat penting dalam segala ciptaan hasil seni malah mempengaruhi kehidupan dan budaya sesuatu masyarakat ayau bangsa.Contohnya warna kuning sering digunakan oleh masyarakat melayu dalam upacara penganugerahan,istiadat diraja dan perkahwinanBagi masyarakat cina,warna merah boleh membuatkan keluarga mereka bernasib baik.Antara pelbagai maksud lain warna ialah:

a)Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamian
b)Warna hijau menggambarkan kesegaran,alam sekitar dan dukacita
c)Warna putih menggambarkan kesucian,kebersihan dan kemurnian
d)Warna jingga menggambarkan kematangan,kepanasan dan kegembiraan.

UNSUR SENI REKA>>>RUPA

 

A. Pengenalan
Rupa ialah sesuatu imej yang bersifat rata.Permukaannya adalah kosong dan bersifat dua dimensi.Rupa boleh dihasilkan oleh garisan dan warna.Rupa juga adalah hasil dari penghujung sesuatu garisan yang bertemu dengan titik permulaan.Antara unsur-unsur seni grafik yang berkaitan dengan rupa ialah logo,corak dan muka taip.

Dalam rekaan logo dan corak,bentuk ang mengjadikan motif diubahsuai menjadi rupa yang mudah untuk dijadikan lambing atau corak.Rupa muka taip ialah jenis –jenis gaya huruf yang digunakan dalam kerja grafik.Ia dikenali dengan nama seperti Roman,Gothik,Block Playbill,Futura Bold,Sans Serif dan Sans Serif Shaded.Jenis-jenis yang ada di sekeliling boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu rupa geometrik dan rupa organik.

B. Jenis-Jenis Rupa

a) Rupa Geometrik

Rupa geometrik terdiri daripada rupa bulat,segi empat,segi tiga dan rupa-rupa lain yang bersudut.Rupa geometric direka secara sengaja dan tidak tinbul secara tidak sengaja.Rupa geometrik juga terdapat dalam alam sekitar atau semula jadi seperti rupa karang,siput,kacang-kacang,hablur-hablur dan garam mineral.

b) Rupa Organik

Rupa organik ialah rupa bebas tanpa sudut.Rupa ini dapat diubah secara bebas.Rupa ini tidak direka cipta secara sengaja.Contohnya sponge akan menukar bentuk setiap kali ia digerakan.

c) Rupa Positif Dan Negatif

Rupa objek adalah rupa yang diletakan diatas sesuatu permukaan.Rupa ini dinamakan sebagai rupa positif.Ruang di sekeliling rupa objek tersebut adalah rupa negatif.

C. Rupa Dan Muka Taip

Muka taip ialah sejenis rupa dan bentuk-bentuk huruf.Tulisan-tulisan dalam buku,majalah,dan surat khabar adalah antara contoh muka taip yang terdiri daripada pelbagai muka taip.

Ianya adalah berbeza-beza,mempunyai pelbagai saiz dan berwarna-warni serta berbentuk luar biasa.Muka taip serta bentuk-bentuk huruf berbaza-beza mengikut fungsinya dalam komunikasi.

ü Ciri-Ciri Muka Taip

a)Senang dibaca

b)Menarik perhatian

c)Menyatakan maksud sesuatu mesej

D. Rupa Dan Lambang

Rupa positf dan negatif boleh diolah untuk menimbulkan rupa ringkas yang sesuai digunakan sebagai lamban.Ciri-ciri rupa yang ringkas ialah:

a)Mempunyai sudut yang jelas.

b)Mempunyai tepian yang jelas.

c)Mempunyai arah yang tertentu.

d)Mempunyai nilai yang senang diamati.

e)Mempunyai bentuk alam sekeliling.

f)Mempunya kuasa menarik yang hebat.

g)Mempunyai pendekatan rupa geometri

E. Rupa Dan Corak

Rupa yang sama boleh diulangi beberapa kali dapat menghasilkan corak.Apabila sesuatu rupa diulangi,rupa adalah motif.Ulangan motif yang berdekatan akan menimbulkan rupa baru.

Ruang negatif seakan-akan mamjadi rupa yang baru.Rupa-rupa juga dapat direka daripada rupa-rupa sas yang terdapat di sekeliling,melalui proses proses perkembangan idea untuk mengubah rupa.

Rupa-rupa baru akan kelihatan lebih kreatif,dinamik dan menarik.Prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan,pergerakan,kontra,dan sebagainya dapat dilihat dalam rupa-rupa baru.

Selain daripada panduan garisan-garisan grid yang tertentu,corak yang menarik juga boleh dihasilkan melalui susunan rupa atau motif secara

a)Sentuh.
b)Bertindih.
c)Berasingan
d)Bertindih lutsinar.

UNSUR SENI REKA>>>RUANG

 

A. Pengenalan
Ruang sememangnya disekeliling kita.Ia terdapat di mana-mana sahaja seperti di kawasan padang, almari, dewan, bilik darjah, kolam mandi, kertas lukisan dan sebagainya.Semua objek wujud dalam satu ruang,sebaai contoh ,bumi kita dikelilingi oleh ruang angkasa yang luas.ruang di permukaan bumi pula adalah terbatas.Ia dipenuhi oleh manusia,haiwan,tumbuhan,objek-objek semula jadi dan buatan manusia.
Ruang ialah jarak yang terdapat di antara dua objek.Ruang memainkan peranan penting,contohnya ruang memberikan keselesaan pada objek. Ia juga memberi ruang antara objek.Ruang ialah kawasan kosong yang mengelilingi sesuatu objek.Ruang juga boleh di taksirkan sebagai satu kawasan kosong yang terhasil apabila terdapat sesuatu objek yang tersusun mahupun tidak tersusun dalam sesuatu keadaan.Kawasan kosong merupakan jarak antara objek-objek.

Unsur-unsur seni seperti garisan,jalinan dan warna boleh digunakan untuk menimbulkan perbezaan ruang sama ada objek itu berada di hadapan atau di belakang.Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata dan ruang ilusi.Ruang nyata dan ruang fizikal ialah ruang yang boleh dilihat pada penghasilan seni arca,tembikar,anyaman,tenunan dan ukiran kayu.Manakala,ruang ilusi merupakan ruang yang terhasil pada permukaan dua dimensi iaitu pada lukisan atau catan.Antara contoh-contoh ruang ilusi ialah ruang positif,ruang negatif,ruang kedalaman,ruang cetek dan ruang tidak menentu.

a) Ruang positif

Ruang ini dikaitkan dengan semua kawasan yang dilukis dengan sesuatu objek.Ruang positif dikatakan satu kawasan yang mewakili objek tidak kira objek tesebut memenuhi separuh daripada permukaan kertas atau objek tersebut hanya memerlukan sedikit ruang.Ruang ini sering ini sering menjadi perkatian pemerhati dan menjadi keutamaan dalam menghasilkan sesuatu karya seni.

b) Ruang negatif

Ruang negatif ialah semua kawasan yang tidak digunakan atau diabaikan dalam penghasilan sesuatu karya.Kawasan ini biasanya tidak memjadi perhatian para pemerhati,tetapi elemen ruang ini memainkan peranan penting dalam manghasilkan sesuatu lukisan.Ruang dapat menentukan sama ada objek yang dilukis tepat atau atau tidak terutamanya dalam melukis objek yang lebih daripada satu atau di susun-susun.

c) Ruang Kedalaman

Ruang ini dikaitkan dengan catan dan landskap.Iaitu ruang yang dapat menunjukan suasana yang tertentu yang jauh kedalam pada permukaan dua dimensi.Ia juga merupakan satu ruang yang terdapatnya objek-objek yang pelbagai saiz.Ia terhasil apabila terdapatnya perbezaan jarak yang ditunjukan melalui garisan,ton warna dan lain-lain.Ia dapat menghasilkan pespektif dalam suatu karya seni.Ia juga merujuk kepada satu ruang yang terdapat sebaharian objek yang hanya diwakili dengan bentuk-bertuknya,sehngga objek-objek itu terhapus pada satu titik perspektif.

d) Ruang Cetek

Ialah ruang yang boleh dilihat dengan satu pandangan sahaja dan pandangan terhad serta terhenti pada suatu sudut.Ruang ini terhasil apabila seseorang menghasilkan karya close up.Selain itu karya ini tetbentuk apabila seseorang pengkarya itu hanya mementigkan suatu kawasan tertentu sahaja.Ruang ini tidak meminbulkan ruang perspektif kerana ia digunakan secara minimum.

e) Ruang Tidak Menentu

Ruang ini ialah ruang positif dan ruang negatif yang tidak seimbang.Ruang ini dapat dihayati dari karya yang terpengaruh dengan aliran kubisme,juga digunakan dalam karya yang berbentuk abstrak.Karya yang menggunakan ruang ini biasanya makna sebenar karya ini sukar untuk ditakrifkan.

f) Jenis-Jenis Ruang

Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata dan ruang ilusi.Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca.Manakala ruang ilusi pula ialah ruang hasil penglihatan mata.

B. Perhubungan Ruang Dengan Warna

Warna dapat menimbulkan ruang dalam karya seni. Contohnya pada suatu latar yang cerah, warna gelap dapat menimbulkan ruang yang dekat.

C. Perhubungan Ruang Dengan Garisan

Garisan yang berlainan saiz,kedudukan dan fungsi dapat mewujudkan pelbagai perasaan ruang.Saiz yang besar dan saiz yang kecil dapat menentukan jarak ruang.Kedudukan garisan juga dapat membezakan adanya ruang di tengah-tengah garisan tersebut.

D. Perhubungan Ruang Dengan Bentuk

Ruang penting dalam penghasilan semua bertuk tiga dimensi.Dalam seni arca penggunaan ruang yang betul dapat mencipta arca yang menarik dan seimbang.Bentuk tidak akan berubah pada kedudukannya.Ruang sememangnya mempunyai hubungan dengan bentuk.

Ruang tidak kelihatan pada pandangan mata,tetapai ia masih wujud.Kedudukan ruang dalam objek dalam ruang diukur melalui saiz objek trsebut.Dalam karya seni visual,pelukis mesti bijak menentukan saiz ruang.Dengan ini penghayat boleh mengukur jarak ruang dengan cara melihat objek yang diletakannya.

E. Perhubungan Ruang Dengan Perspektif

Ilusi ruang dalam seni 2D(lukisan atau catan)boleh dihasilkan melalui system perspektif.Perspektif merupakan satu teknik mengambarkan imejan tiga dimensi di atas permukaan dua dimensi dengan menggambarkan dimensi ketiganya iaitu kedalaman.Mengikut prinsip perspektif,objek yang berada pada jarak jauh akan kelihatan lebih kecil berbanding objek yang berada dihadapan.Sesuatu objek boleh dilihat dari sudut yang berlainan,sebagai contoh:

a)Sudut atas

b)Sudut bawah

c)Sudut hadapan

d)Sudut tepi(kiri dan kanan)

Kedudukan garisan perspekti bergantung pada paras pandangan mata seseorang.Selain itu ia berubah dari sgi saiz,ketinggian dan kelebarannya mengikut jarak tertentu.Garisan yang selari kelihatan condong dan semakin berdekatan di permukaan dua dimensi dan akhirnya akan bertemu dengan titik lenyap atau lesap.

Perspekti terbahagi kepada dua iaitu

I. Perspektif linear

Ia digunakan untuk melukis bentuk-bentuk yang bersifat geometri seperti kotak,rumah,kereta dan sebagainya.Terdapat beberapa kaedah yang penting untuk dalam melukis yang berpandukan kepada prinsip perspektif linear iaitu

ü Garisan-garisan selari akan kelihatan bertemu di garisan ufuk(kaki langit).Titik pada garisan ufuk memperlihatkan garisan-garisan selari itu kelihatan seolah-olah bertemu dikenali sebagai titik lenyap.

ü Faktor jarak akan mempengaruhi saiz sesuatu objek itu.Ojek-objek yang berada pada tempat yang jauh kelihatan lebih kecil ataupaun pendek berbanding dengan objek-objek yang berada pada kedudukan yang dekat.

II. Perspektif Atmosfera

Penggunaan warna untuk menimbulkan ilusi ruang adalah dikenali sebagai perspektif atmosfera.Prinsip ini hanya sigunakan dalam catan sahaja.Perbezaan dari segi kedudukan objek di dalam ruang ditimbulkan oleh perubahan nilai warna.Objek yang berada pada jarak jauh akan kelihatan lebih pudar berbanding objek yang berada pada jarak yang lebih dekat.

UNSUR SENI REKA>>> JALINAN

A. Pengenalan
Jalinan ialah kesan-kesan yang terdapat pada permukaan benda atau objek.Semua objek sama ada objek semula jadi (sejadi) ataupun buatan manusia mempunyai kesan jalinan pada permukaannya.

Dalam seni visual,kesan jalinan dapat menimbulkan jisim dan bentuk.Karya yang mempunyai kesan jalinan akan kelihatan lebih menarik dan realistik.Ini boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti lukisan, catan, ukiran, cetakan, resis(batik), paulaman, capan dan gosokan.

Kesan jalinan pada permukaan objek memainkan pelbagai peranan.Sesetengahnya menpunyai tujuan estetika seperti pada badan rama-rama dan perhiasan jubin pada dinding rumah.Selain itu ia juga untuk tujuan keselamatan atau perlindungan.
Maksud lain jalinan ialah,sebarang kesan yang terdapat di atas permukaan benda.Kesan jalinan seperti corak yang dibuat daripada satu bahan dapat dirasai melalui ilusi.Jalinan boleh didapati dari hasil semula jadi atua hasil buatan manusia yang dibuat berdasarkan elemen-elemen seni.

B. Jenis-jenis Jalinan

a) Jalinan sentuh

Ialah permukaan yang dapat dilihat serta dapat dirasai melalui sentuhan. Sentuhan jari merupakan deria yang tepat untuk merasai kesan-kesan jalinan. Contoh kesan-kesan jalinan ialah kasar,halus menggerutu,lembut,lembik dan sebagainya.Antara contoh-contoh jalinan yang mempunyai ciri-ciri ini ialah kulit nenas,kulit oren, kulit kayu dan sebagainya.

b) Jalinan Tampak

Ialah kesan-kesan yang hanya dapat dilihat dengan panca indera.Ia hanya berada dalam ilusi.Contohnya ialah kulit tembikai dan gambar-gambar berbentuk dua dimensi.

C. Kategori Jalinan

Jalinan sentuh dapat kepada dua aspek iaitu jalinan dari objek alam semula jadi dan dari jalinan buatan manusia.Jalinan tampak ialah kesan yang terdapat pada sebarang benda yang hanya boleh dilihat.Kesan tampak tidak dapat dirasai oleh sentuhan tangan.Walaupun secara ilusi kita masih dapat merasai jalinannya,contohnya permukaan kulit tembikai.

Jalinan tampak dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
a)Objek semula jadi yang mudah didapati seperti pada kulit buah-buahan.Ia mempunyai fungsu-fungsi tertentu contohnya untuk keselamatan.

b)Objek buatan manusia,juga terdapat di sekeliling kita seperti tayar kenderaan yang berfungsi sebagai cenkaman di atas permukaan jalan.

1. Jalinan Dekoratif

Jalinan dekoraktif terjadi gosokan,relief permukaan objek atau satah gambar.Jalinan jenis ini digunakan bagi hiasan yang terdiri dari jalinan sentuh atau tampak.Jalinan adalah ciri-ciri penting yang membentuk perbezaan berbagai-bagai objek di dalam persekitaran visual.Melalui,sentuhan kita boleh merasakan sesuatu permukaan dan menerangkan sebagai:

a)Kasar
b)Lembut
c)Bersudut
d)Berbonjol
e)Berombak
f)Bergaris lengkung

Permukaan jalinan juga boleh dikesan dengan baik melalui penglihatan mata.Penglihatan kita berkemampuan menetapkan kadaan rupa, kedalaman,kontur dan warna melalui cahaya. Permukaan benda dan sifatrupa jalinan yang terdapat pada benda adalah bukti visual dari penglihatan mata kita. Ini kerana ada perbezaan dalam menentukan tahap pengcahayaan dan kontras.Ini terjadi di kawasan paling cerah dengan baying-bayang.

2. Jalinan Dari Jarak Dekat

Jalinan ini boleh dinyatakan dengan perkataan seperti kasar,lembut,pudar dan bersinar.Faktor seperti kontras,pigmen warna,corak ,jalinan,arah bagi sumber cahaya,pembalikan pada permukaandan jarak daripada penglihatan memberi kesan kepada persepsi dan persembahan jalinan.

3. Jalinan Melalui lukisan

Jalinan ini dapat dihsilkan melalui:

a)Catan
b)Lukisan
c)Lipatan
d)Tenunan
e)Gosokan
f)Tebukan
Sifat-sifat jalinan

a)Kasar contohnya kulit kayu.

b)Halus contohnya kain kapas.

c)Lembut contohnya kain sutera.

d)Tajam contohnya kulit nenas.

4. Jalinan dalam reka bentuk grafik

Jalinan ialah penyumbang utama kepada nilai keupayaan dan dimensi reka letak.Contohnya jalinan yang terdapat pada corak kain.Corak ialah sebahagian dari jalinan tampak yang membentuk ilusi jalinan.Jalinan juga dapat digunakanbagi menghasilkan penegasan.dalam reka bentuk grafik,penggunaan jalinan amat meluas yang merupakan salah satu eleman yang penting.

Antara contoh penggunaan jalinan adalah sepeti berikut.

a)Menghasilkan kontras yang menarik.

b)Menghubungkan imej dan latar belakang.

c)Memberikan mood atau identiti kepada hasil kerja.

D. Media yang digunakan untuk mencipta jalinan ialah:

a)Pen
b)Pensel
c)Cat air
d)Cat poster
e)Cat minyak
f)Gaharu cina
g)Kertas,gunting dan tampal

E. Teknik-teknik mencipta jalinan
a)Resis g)Anyaman
b)Stensil h)Membatik
c)Jahitan i)Catan impasto
d)Cakaran j)Ikat dan celup
e)Cetakan k)Gorok dan celup
f)Paulaman l)Renjis pada kertas basah

F. Fungsi dan nilai estetika
Jalinan mempunyai fungsi terutama pada alam benda semula jadi.Contohnya pada flora dan fauna.Antara fungsinya ialah:
a)Memberi perlindungan daripada musuh
b)Kulit yang keras dan berduri pada kulit buah nenas dan durian memberi perlindungan kepada isi buah tersebut.
c)Sarang labah-labah dapat memerangkap serangga kecil untuk dijadikan makanannya.
d)Kulit di luar kacang tanah dapat melingdungi isi yang berada didalamnya.

ü Fungsi pada benda buatan manusia

I. Corak kain baju membezakan kumpulan pemakainya.Sesetengah corak sesuai untuk kaum lelaki dan sesetengahnya pula sesuai untuk kaum wanita

II. Tayar dan tapak kasut berfungsi untuk mencengkam jalan raya supaya tidak gelincir.

III. Jalinan pada permukaan tuala dapat menyenangkan serta menambahkan daya penyerapan air.

IV. Jalinan pada bakul rotan ada nilai warisnya.Boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

V. Jalinan diatas permukaan tikar anyaman rotan ada nilai-nilai estetikanya.

VI. Jalinan pada permukaan tudung saji mempunyai nilai estetika dari reka coraknya.

G. Nilai Estetika Jalinan
Jalinan dapat menimbulkan kesan estetika yang menarik. Ia boleh memberikan daya tarikan yang tinggi pada penglihatan. Antaranya ialah;

I. Corak pada sayap rama-rama memberi corak yang berharmoni kepada alamnya.

II. Jalinan kain dan jalinan formika pula menambahkan kecantikan.

III. Jalinan juga boleh menimbulkan kontra di antara permukaan yang tidak berjalinan atau permukaan yang berlainan jalinan dengan permukaan yang berjalinan sederhana.

IV. Jalinan memberikan kesan bunga pada tayar dan tapak kasut untuk menarik perhatian pembeli.

V. Garisan yang berpusing pada sarang labah-labah menimbulkan kesan ruang yang menarik.

VI. Jalinan pada kulit kacang agak rumit dan menarik.

VII. Garisan yang rapat-rapat dan tersusun pada bakul rotan menghasilkan corak yang berseri.

H. Jalinan dalam karya seni

Jalinan abstrak merupakan jalinan yang dilukis di atasbentuk-bentuk atau imej abstrak.Jalinan yang dilukis oleh pelukis dapat memberikan kesan yang menarik dalam karya seni mereka.Kesesuaian jalinan dengan imej yang dikehendaki juga perlukan penyesuaian.Pelukis mestilah memikirkan jalinan dengan imej.

UNSUR SENI REKA >>>GARISAN

 

A. Pengenalan
Garisan merupakan elemen asas untuk melukis dan melakar.Garisan juga merupakan unsur seni yang utama.Unsur-unsur garisan terdapat pada sebarang bentuk lukisan atau contengan.Garisan merupakan unsur penting dalam kerja-kerja melukis.Antara alatan yang digunakan untuk melukis ialah pensel, pen,

kapur, krayon dan lain-lain.

B. Difinisi Garisan

Garisan ialah suatu kegiatan permulaan untuk menghasilkan tanda yang pertama iaitu bermula dengan satu titik.Proses seterusnya menggaris dan membentuk sehingga menjadi satu garisan.Garisan terjadi dari cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan.Ia juga boleh dianggap sebagai titik yang bergerak.

C. Jenis-jenis garisan
Terdapat pelbagai jenis garisan di dunia ini untuk menghasilkan garisan atau karya seni.

Antaranya ialah:
a)Garisan tebal j)Garisan nipis
b)Garisan kasar k)Garisan berbiji
c)Garisan berbulu l)Garisan berduri
d)Garisan bertitik-titik m)Garisan bersudut
e)Garisan halus n)Garisan bergerigi
f)Garisan beralun o)Garisan serabut
g)Garisan berlingkar p)Garisan berulang
h)Garisan berputar q)Garisan putus-putus
i)Garisan berpancar r)Garisan bergetar

D. Garisan semula jadi

Disebut juga garisan sejadi.Contoh garisan jenis ini ialah garisan semula jadi yang terdapat disekeliling kita.Garisan jenis ini juga bukan buatan manusia seperti yang terdapat pada haiwan dan tumbuhan yang juga dikenali sebagai alam flora dan fauna.Garisan jenis ini sangat mudah didapati kerana ia sering

digunakan tidak kira pada benda semula jadi ataupun buatan manusia.

E. Garisan pada alam sekeliling

ü Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
a)Garisan benda semula jadi
b)Garisan benda buatan manusia

ü Terdapat banyak benda semula jadi yang menpunyai ciri-ciri garisan.

Contohnya:
a)Urat daun
b)Akar pokok
c)kulit siput
d)Kulit buah-buahan dan sebagainya.

ü Garisan-garisan ini mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang tersendiri seperti:
a)Kasar
b)halus
c)Berduri
d)Berlingkar
e)Bergerigi

Garisan benda buatan manusia Ialah objek-objek yang dicipta oleh manusia yang mempunyai ciri-ciri garisan. Contohnya pen,pensil pembaris,tali jerami,tikar plang tingkap ,jaring,dan sebagainya. Antara contoh-contoh lain yang terdapat persamaan daripada objek buatan manusia ialah.

a)Garisan bergerigi pada mata gergaji
b)Garisan beralung pada genting bumbung
c)Garisan bertindang pada tikar mengkuang
d)Garisan putus-putus pada pembahagi jalan

ü Garisan dengan pelbagai bahan
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan garisan adalah tidak terhad.Contoh bahan yang digunakan untuk menghasilkan garisan ialah:
a)Pensil
b)Pastel
c)Krayon
d)Berus dan datwat cina
e)Pensel warna
f)Pena mata bola
g)Arang dan lain-lain

F. Garisan dari pelbagai teknik
Terdapat pelbagai teknik untuk menghasilkan garisan.Dengan kepelbagaian teknik ini dapat menghasilkan pelbagai garisan.Berikut ialah teknik-teknik untuk menghasilkan garisan:

a)Teknik tiupan e)Teknik capan
b)Teknik kolaj f)Teknik gosokan
c)Teknik lipatan g)Teknik golekan
d)Teknik anyaman h)Teknik pergerakansemula

a) Teknik tiupan

Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalkan dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut.Kemudian warna yang diletakan diatas sekeping kertas ditiup

kearah yang dikehendaki.

b) Teknik kolaj
Kolaj ialah suatu gubahan yang dihasilkan daripada mengoyak,mengguntig dan menampal kertas,kain atau lain-lain bahan.Garisan yang dihasilkan melalui teknik kolaj bergantung pada bahan yang digunakan.

c) Teknik lipatan

Dihasilkan dengan cara melipatkan kertas untuk memperolehi dua atau tiga bahagian dan seterusnya yang kita kehendaki.Warna yang diletakan pada sekeping kertas iaitu pada bahagian kanan atau kiri dan disapu dengan tangan.Setelah dibuka hasil garisan yang

diperoleh sama ada tebal,nipis,atau lain-lain garisan.

d) Teknik anyaman
Proses mengayam ialah dengan cara menjalin jalur-jalur daun mengkuang atau buluh.Ia dilakukan dengan cara berselan-seli untuk menghasilkan corak yang kelarai.

e) Teknik capan

Ialah proses yang dilakukan dengan menyapukan warna pada objek-objek yang mengandungi jalinan seperti daun,kulit kacang dan sebagainya.Kemudian objek-objek ini ditekak atau dicapkan pada sekeping kertas.Kesannya akan kelihatan pada permukaan berkenaan.

f) Teknik gosokan
Kaedah teknik gosokan ialah dengan menekapkan sekeping kertas nipis pada permukaan objek yang berjalinan.Gunakan pensil atau krayon untuk menggosok permukaan tersebut.

g) Teknik golekan
Teknik ini diperolehi dengan cara menggolek bahan atau benda pada sekeping kertas.

h) Teknik pergerakan semulajadi

Pergerakan semulajadi biasanya diperoleh daripada pergerakan binatang seperti ulat gonggok,cacing,tapak kaki kucing dan sebagainya.Dengan menyapukan cat atau warna pada kaki binatang ini dan biaarkan ia berjalan diatas sekeping kertas.Hasilnya dapat kelihatan

selepas pergerakan tersebut.

G. Makna dalam garisan
Menurut ahli pikologi garisan dapat mebri pelbgai taksiran dan makna.Berikut antara contoh contoh garisan yang menberikan warna dalam penghayatan seni:
a)Garisan bergarigi meberikan makna kesakitan.
b)Garisan kasar memberi gambaran gagah dan kuat.
c)Garisan berpancar memberi gambaran tumpuan cahaya.
d)Garisan halus memberi gambaran sensitif,tajam,an laju.
e)Garisan beralun memberi gambaran lembut dan gerak mengalir.
f)Garisan beserambut memberi gambaran masalah atau berceleru.
Kegunaan garisan

H. Antara kegunaan garisan adalah untuk:
a)Mencipta ruang
Contohnya garisan pepenjuru yang dilukis secara rapat memberi ruang pada permukaan yang rata.

b)Menghasilkan ton
Garisan yang disusun dalam pelbagai gaya dan jarak yang berlainan dapat menimbulkan ton.

Garisan yang disusun secara rapat-rapat menghasilkan ton yang gelap dan sebaliknya.
c)Menimbulkan jalinan
Contoh garisan yang menimbulkan jalinan ialah serabut,bergerigi,berbintik-bintik
dan halus.
d)Menunjukan bentuk
Contohnya garisan yang tersusun dalam pelbagai gaya dapat menimbulkan pelbagai bentuk pada sesuatu objek.
.
e)Menunjukan pergerakan
Contohnya garisan yang berputus-putus,berkisar,berlingkar,bergetea,beralun dan bergegar dapat menimbulkan kesan pergerakan.
f)Dijadikan motif bercorak
Contohnya pelbagai jenis garisan telah diaplikasikan memjadi pelbagai jenis corak.

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...