Tuesday, September 27, 2011

Gubahan Warna

 

Terdapat tiga kumpulan gubahan warna, iaitu warna harmoni , warna penggenap dan warna sewarna.

a) Warna_Harmoni
Warna jenis ini ialah satu gubahan yang menggunakan warna-warna dari bahagian yang sama pada roda warna.Ini merupakan satu set atau kumpulan warna yang terletak bersebelahan antara satu sama lain pada roda warna.

Warna-warna harmomi ini terdiri daripada dua atau lebih warna dan juga dikenali sebagai warna sekeluarga.Warna ini dapat menimbulkan suasana selesa,menarik dan seimbang.Ia biasanya digunakan dalam corak tektil,kertas pembungkus hadiah dan sebagainya.Warna harmoni juga dapat ditaksirkan sebagai satu gubahan warna yang mempunyai keserasian dan kesesuian dari segi susunan warna-warnanya.

Kualiti pada jenis warna yang digunakan kebiasaanya bergantung kepada kuatiti atau nisbah warna yang digunakan.Penggabungan jenis warna ditemui tetapi apabila semua jenis warna panas atau sejuk digunakan dalam kombinasi warna.Walaubagaimanapun sedikit kuantiti dari warna komplimentari atau semula jadi kontras boleh menambahkan kepelbagaian bentuk warna.

Pendominan sesuatu warna dalam patten warna boleh berlaku melalui warna,nilai atau intensiti.Barisan warna yang luas kelihatan harmoni dengan menjadikan sesuatu warna tersebut berada pada tahap nilai atau intensity yang sama.

clip_image002

 
 

Contoh penggunaan warna harmoni dalam kehidupan harian.

 

b) Warna_Penggenap
Warna kategori ini merupakan gubahan yang menggunakan warna dari bahagian yang bertentangan yang terdapat pada roda warna. Contohnya , hijau dengan merah,biru dengan jingga.

Warna penggenap yang segar , kaya , dan bertenaga itu dapat menimbulkan kesan kontra,getaran dan pergerkan amat sesuai digunkan untuk ciptaan hasil karya seni komunikasi seperti poster,ilustras ,pembungkusan, iklan , papan tanda,simbol,logo dan sebagainya.

Tidak seperti gubahan sewarna,warna kumpulan ini tidak memberi kesan kesatuan dalam gubahan seni.Gubahan warna penggelap memberi kesan bergetar dan bercanggah.

Warna penggelap dapat menimbulkan kesan kontra,getaran dan pergerakan.Warna penggelap dikatgorikan dalam kumpulan warna yang segar,keadaan bertenaga.Contoh warna-warna penggelap adalah seperti berikut:
a)Biru dan Jingga

b)Merah dan Hijau

c)Kuning dan Ungu

d)Merah Jingga dan Biru Hijau

e)Kuning Hijau dan Merah Unggu

f)Biru Ungu dan Kuning Jingga

 

 

Contoh penggunaan warna penggunaan warna penggenap dalam kehidupan harian.

c) Sewarna
Warna ini juga dikenali sebagai sewarna atau monokromatik (monokromatik).Ia merupakan suatu warna yang dihasilkan melalui pelbagai ton.Warna sewarna adalah hasil gubahan warna yang menggunakan campuran warna hitam dan putih.

Tujuan campuran adalah untuk mendapatkan satu siri warna dalam pelbagai ton.Penggunaan warna ini sewarna ini dapat menimbulkan suasana harmoni dan selesa.Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih.Nilai warna akan terus meningkatkan jika dicampurkan dengan warna hitam. clip_image004clip_image006

Gubahan warna ini dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa untuk ciptaan corak tekstil , hiasan dalaman , ubin,perabot,dan sebagainya walaupun akan menimbulkan kebosanan apabila dipandang lama-lama.

 
 

Contoh penggunaan warna sewarna dalam karya.

clip_image008

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment...

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...