Tuesday, September 27, 2011

Aplikasi Warna

Warna Bertindak (Tindakan Warna)
Warna bertindak atau tindakan warna ialah warna latar ataupun warna yang berada dikelilingnya.Warna yang sama pada warna latar belakang yang berlainan akan menimbulkan kesan.Sesuatu warna itu akan kelihatan terang apabila di kelilingi warna latar yang gelap.

Warna itu akan kelihatan pudar jika dikelilingi oleh warna latar yang muda(terang).Ini bermakna bahawa warna putih atau kuning akan kelihatan lebih terang dan menonjol atas latar berwarna hitam atau biru.Tindakan ini dikenali sebagai kontra. Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas ketara,tindakan positif dapat dihasilkan.Tindakan negatif dapat dihasilkan apabila dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang hampir sama.

Pengetahuan tentang tindakan warna yang amat penting dalam proses penghasilan karya seni halus kerana kemahiran ini menimbulkan suasana dan perasaan tertentu . Begitu juga semasa dalam proses menghasilkan ciptaan seni grafik seperti logo,poster,corak,dan sebagainya agar kesan yang tertentu dapat diperoleh.

clip_image002

Perspekti Warna

clip_image004
Warna boleh menimbulkan ilusi ruang dan perspektif.Objek yang jauh akan kelihatan lebih lembut dan pudar.Objek yang dekat kedudukannya pada mata akan jelas dan warna agak gelap.Kesan perspektif akan kelihatan lebih jelas jika gubahan dibuat dalam warna harmoni atau sewenannya.

Warna Dalam Psikologi

Psikologi merupakan perasaan manusia yang secara semulajadi akan berubah mengikut keadaan dan suasana sesuatu tempat.Contohnya,jika sesuatu tempat itu berwarna sejuk akan menggambarkan suasana yang sejuk,gelap,suram dan sejuk.Manakala warna-warna panas pula kebiasaan dikaitkan sesuatu yang merangsang dan memberi semangat.

Emosi Dan Warna
Warna yang diatur atau disusun boleh digunakan mengikut kesesuian warna itu sendiri.Ia untuk menghasilkan mood ,idea yang simbolik dan emosi seseorang individu.Warna yang terdapat pada catan boleh menunjukan mood atau perasaan mengikut apa yang dianggap benar.Walupun begitu ,ia tidak boleh bersifat menghurai objek yang ingin digambarkan atau ingin diceritakan oleh pelukis.

Contohnya,warna merah kebisaannya menggambarkan perasaan ceria dan menarik.Warna biru pula menggambarkan perasaan kedamaian.Warna yang berbeza nilai dan kekuatan dalam hue warna boleh memberi kesan dan juga impak yang lebih besar bagi seseoran individu.

Warna Dan Budaya

Warna adalah unsur yang amat penting dalam segala ciptaan hasil seni malah mempengaruhi kehidupan dan budaya sesuatu masyarakat ayau bangsa.Contohnya warna kuning sering digunakan oleh masyarakat melayu dalam upacara penganugerahan,istiadat diraja dan perkahwinanBagi masyarakat cina,warna merah boleh membuatkan keluarga mereka bernasib baik.Antara pelbagai maksud lain warna ialah:
a)Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamian
b)Warna hijau menggambarkan kesegaran,alam sekitar dan dukacita
c)Warna putih menggambarkan kesucian,kebersihan dan kemurnian
d)Warna jingga menggambarkan kematangan,kepanasan dan kegembiraan.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment...

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...