a) Ton
Tona ialah nilai pancaran warna.iaitu dari terang ke gelap.Tona warna yang dihasilkan dengan campuran warna-warna asas atau sekunder satu demi satu dengan warna putih atau hitam dalam nisbah yang berlainan.Ia disusun dalam perkembangan teratur mengikut nilaian tonanya.
Tona warna amat berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi.Melalui tona warna juga bentuk tiga dimensi dapat dihasilkan dengan mengolah kesan pencahayaan yang jatuh pada permukaan objek.
Kesan perbezaan yang terdapat pada objek boleh dilakukan dengan kesan tona.Penambahan warna terang memberikan kesan pada kedudukan objek.Karya seni Norman Sunshine, Double fugue(diptych). Menunjukkan penggunaan ton warna dalam karyanya.
b) Kroma_warna
Kroma ialah ukuran nilai kuasa warna.Kroma warna terhasil apabila warna-warna penggelap dicampurkan dalam nisbah yang berlainan.Contohnya merah dan hijau,jingga dan biru,kuning dan ungu.Penggunaan warna secara bebas ini dapat melahirkan perasaan seperti kegembiraan,keganasan dan kematian.
Nisbah campuran dengan warna penggenapnya akan menentukan nilai kualitinya.Kroma warna dapat menentukan nilai kuasanya.Kroma warna dapat menimbulkan kesan warna yang lebih pudar daripada warna asalnya.
Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan sunyi,sedih,sunyi dan nostalgia.
c) Warna_Neutral
Warna neutral ialah warna kelabu.Iaitu tonnya terdapat antara hitam dan putih.Ia juga merujuk kepada kroma warna campuran dua warnapenggenap.Menggunakan nisbah yang sama untuk menghasilkan warna baru.
Warna kroma juga tidak mempunyai kesan langsung tetapi amat berkesan untuk mengurangkan kuasa-kuasa warna lain.Warna kroma biasanya digunakan bersama gubahan kombinasi warna penggenap supaya hasil kerja memjadi menarik.
Nilai kuasa warna agak kuat kesanya tetepi tidak menyakitkan mata.Warna neutral juga dapat melembutkan warna-warna itu.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment...