Friday, September 30, 2011

Arca Stabail


Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak.

Ciri-ciri Arca Stabail

  1. Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja tidak boleh bergerak.

  1. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

  1. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

clip_image002

clip_image004

clip_image006

clip_image008

Arca Stabail

HASIL PEMBELAJARAN

 

  Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

  1. memahami konsep arca stabil;
  2. mengetahui dan boleh memanipulasikan alat dan media untuk menghasilkan arca stabil;
  3. memahami imbangan, kestabilan dan kesepaduan objek dalam olahan reka bentuk; dan
  4. menghasilkan arca stabil dengan menggunakan bahan sebenar.

Stabil berasal dari perkataan “stabile” yang bermakna statik, kukuh dan mantap.

Stabil berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran. Tapak arca (pedestal) kukuh, berjisim dan menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek atas yang boleh ditafsir dengan berbagai unsur naratif. Arca ini berbentuk abstrak. Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat. Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebayakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil.
Seorang lagi pengarca stabil ialah Jean Tinguely. Lahir pada 1922 di Fribourg, Switzerland. Mendapat pendidikan awal di General Trade School dan bekerja sebagai pereka hias dalaman sebelum berpindah ke Paris pada tahun 1952. Pada awal tahun 1960-an, Tinguely adalah pengarca relief atau arca timbul sebelum beliau ke Paris. Karya-karya beliau banyak diperbuat daripada bahan terbuang  seperti tayar besi, brek kereta api, enjin kenderaan dan enjin kilang.
Constantin Brancusi yang berasal daripada Romania pula merupakan pengarca stabil yang lebih kepada “free standing form”. Karya-karya beliau banyak menggunakan pendekatan minimalism dengan cara mempermudahkan satah-satah bentuk. Tidak seperti Calder dan Tinguely, Brancusi banyak menekankan pada satah  permukaan arca atau “surface texture”. Ini jelas dilihat pada karyanya “Bird in Space” (L’Oiseau dens l’espace), 1932 – 1940.

clip_image002

Rajah 5.1: Arca stabil

5.1 ALAT DAN MEDIA

clip_image004

Rajah 5.2: Penggunaan alat dan bahan stabil

.1 Stabil Dihasilkan Menggunakan Media Batu Marmar

clip_image006

Rajah 5.3: Stabil marmar

5.1.2 Pengenalan Hal Subjek dalam Arca Stabil

Sama ada bentuk stabil dipresentasikan secara abstrak atau realis, unsur keseimbangan bentuk menjadi pertimbangan utama. Keseimbangan adalah ciri utama arca stabil. Di dalam berkarya jenis arca ini, keseimbangan secara seimbang antara kiri dan kanan terhadap karya dipanggil simetri tulen. Manakala keseimbangan yang memihak sebelah kiri atau kanan dipanggil simetri tidak tulen. Seterusnya ruang dipertimbangkan kerana arca stabil banyak diperagakan di luar bangunan dan tanah lapang. Oleh sebab arca ini diperagakan secara “out-door” pemilihan bahan binaan menjadi pertimbangan yang mesti diteliti dan dipatuhi agar ketahanan arca terjamin dan tahan lama.

clip_image008

Rajah 5.4: Stabil yang mempunyai imbangan tidak simetri

5.1.3 Pertimbangan Bahan yang Diperlukan untuk Membuat Arca Stabil Boleh Dirumus Seperti Berikut

clip_image010

Rajah 5.5: Pemilihan bahan untuk menghasilkan arca stabil

5.2 PROSES KREATIVITI MENGHASILKAN ARCA STABIL

clip_image012

Rajah 5.6: Proses kreativiti menghasil arca stabil

5.2.1 Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil

  1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan arca stabil.
  2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan  arca stabil.
  3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan dan seterusnya memasang tapak (pedestal ).
  4. Memilih dan menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk arca stabil.
  5. Menghasilkan arca stabil mengikut proses pembuatan.
  6. Melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
  7. Membandingkan hasil arca stabil dengan arca stabil yang lain.
  8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
  9. Menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
  10. Menentukan cara untuk memperagakan arca stabil yang paling sesuai di samping melihat kesannya.
  11. Mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi mengikut fungsinya

5.3 PROSES MENGHASILKAN ARCA STABIL

clip_image014

Rajah 5.7: Daun kering

1. Penentuan Hal Subjek
Hal subjek yang diambil merujuk kepada alam semula jadi. Contohnya daun kering. Bentuk daun kering diteliti dan dieksplorasi terhadap bentuknya. Buat garisan-garisan untuk binaan struktur arca pada peringkat seterusnya.

clip_image016

Rajah 5.8: Evolusi bentuk untuk stabil

2. Proses Mereka Bentuk dan Menstruktur

Daun kering dikaji dan diteliti. Rentak liuk dan binaan daun dibentuk dan garisan-garisan mengikut struktur daun mula disurih. Bentuk daun dilihat dari pelbagai posisi dan rentak sehingga membentuk satu reka bentuk yang menarik dan tidak lagi mengikut ciri daun.

clip_image018

Rajah 5.9: Gayaan dan rentak stabil

3. Proses Mencari Rentak atau Era Daun yang Seterusnya Digubah Menjadi Stabil

Rentak daun yang dapat dikesan pergerakannya memudahkan untuk menstruktur bentuk dan binaan stabil. Aliran anak panah dilukis untuk memudahkan dapatan stabil yang baik.

clip_image020

Rajah 5.10: Ritma (rentak) dan pergerakan

4. Menstruktur

Dilakukan dengan melihat rentak objek dan aliran bentuk yang mempengaruhinya. Garisan dilukis sepanjang rentak mengikut bentuk.

clip_image022

Rajah 5.11: Penstrukturan dan rentak

5. Menstrukur dan Menghasilkan Rentak

Apabila penstrukturan dibuat, rentak akan mengikuti bentuk baru sebagaimana yang dirancang. Garisan imbangan simetri dilakar untuk menjadikan bentuk stabil lebih jelas dan menarik.

clip_image024

Rajah 5.12: Isi padu stabil

6. Menentukan Kerangka Bentuk dan Isi Padu (Volume)

clip_image026

Rajah 5.13: Stabil yang telah siap

7. Stabil Telah Siap untuk Diperagakan

Stabil di atas dibuat menggunakan dawai mata punai dan kertas tisu yang digam menggunakan kanji. Apabila kerja melekatkan kertas tisu selesai, stabil dikeringkan dan seterusnya dicat.

Rajah 5.14: Stabil yang telah siap untuk diperagakan

5.3.1 Ekspresi Diri Anda

Hasilkan sketsa stabil berasaskan tema yang berikut:

  1. Buah-buahan
  2. Fauna
  3. Karangan laut
  4. Flora

RUMUSAN

 

  • Stabil berbentuk realis dan abstrak. Kebanyakan stabil realis mengambil imej daripada bentuk alam semula jadi seperti buah-buahan, alat senjata, barang-barang domestik rumah, figura manusia dan binatang.
  • Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat.
  • Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebanyakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil.
  • Stabil perlukan simetri yang baik. Justeru itu stabil boleh bersifat simetri tulen dan tidak tulen.
  • Pedestal diperlukan untuk membentuk konsep stabil yang lebih mantap.
  • Stabil boleh dihasilkan menggunakan pelbagai alat dan bahan yang hampir sama dengan arca-arca yang lain.
  • Struktur diperlukan sebagai kerangka stabil. Seterusnya dilengkapkan dengan bahan yang sesuai dengan konsep arca.
  • Kemasan stabil berkaitan dengan kesesuaian peragaan. Contohnya: arca di luar bangunan menggunakan kemasan cat alas, cat kilat dan krom.
  • Peragaan stabil lebih banyak dibuat di luar. Stabil perlukan ruang dan persekitaran.

ARCA MOBAIL

 

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

  1. memahami dan membezakan arca mobail dengan arca yang lain;
  2. memahami konsep mobail dan konsep peragaannya;
  3. mobail dibina melalui pemahaman konstruktivisme dan teori kecerdasan pelbagai ;
  4. mobail boleh membentuk suatu fenomena baru di ruang udara dan bahagian atas bangunan, pokok, gunung dan pulau; dan
  5. mengaplikasikan pemahaman mobail kepada sketsa dan penghasilan mobail.

PENGENALAN

Ketika pengarca mencari satu konsep baru dan tersendiri, muncullah idea untuk mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah menampilkan dalam peragaan arca  yang seterusnya diterima sebagai karya seni.

Arca sedemikian dinamakan sebagai mobail. Arca mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat.

Arca mobail yang sifatnya boleh bergerak digelar juga sebagai mobail kinetik. Ia diperkenalkan pada awal tahun 1930-an. Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi perangsang kepada seniman untuk mereka bentuk yang yang lebih menarik dan canggih.

Suatu kehebatan Calder dalam penghasilan mobail ini ialah elemen geometri yang diadaptasi berasaskan kepingan logam industri dan disusun secara sekuen untuk menghasilkan suatu urutan yang terancang dan teraputik.

Apabila dunia inginkan perubahan, mobail disepadukan dengan mesin dan jentera yang boleh bergerak melalui kawalan secara manual atau automatik dan terhasillah mobail kinetik. Mobail kinetik yang diberi tajuk Flamingo (1974), Myxomatose (1953) dan Pisson Volant mengadaptasikan bunyi dedaunan, beburung yang berterbangan dan serangga yang berdesir. 

Idea wau yang berdengung di udara, unggas berterbangan, ombak yang berdeburan menjadi sebahagian ciri mobail kinetik yang menjadi perhatian pengarca.

clip_image002

Rajah 6.1: Mobail karya Alexander Calder, Trap and Fish Tail, 1939

clip_image004

Rajah 6.2: Alexander Calder Myxomatose (1953)

clip_image006

Rajah 6.3: Alexander Calder: Poisson Volant, 1957

6.1 ALAT DAN MEDIA

6.1.1 Alatan

 

Rajah 6.4: Penggunaan alatan untuk menghasilkan mobail

6.1.2 Alatan Untuk Menghasilkan Mobail

clip_image010

Gerudi dan mata gerudi, scrapper, gergaji jig, sarung tangan kulit, playar pemotong dan playar pengepit, thinner, gam gajah.

clip_image012

Ganden besi, spanar hidup kecil dan besar, ganden logam, tukul kepala dempak dan lonjong, rod besi, playar pengapit, ragum meja dan pengalas untuk kerja mengetuk.

clip_image014

Pelbagai jenis pahat: pahat mata bulat, pahat mata rata, pahat mata lengkung, pahat ukir, pahat penebuk.

clip_image016

Pelbagai jenis pahat: pahat mata bulat, pahat mata rata, pahat mata lengkung, pahat ukir, pahat penebuk.

6.1.3 Media Mobail

 

Rajah 6.5: Penggunaan bahan untuk menghasilkan mobail

clip_image020

Rajah 6.6: Mobail berasaskan sumi

clip_image022

Rajah 6.7: Mobail berasaskan pelbagai bahan

6.1.4 Media untuk Menghasilkan Mobail

clip_image024

Kepingan logam mengikut jenis dan bungkah keluli serta ketulan besi yang boleh dijadikan sebagai asas untuk pembentukan mobail.

clip_image026

Kepingan perspek dan kepingan  plastik yang menjadi pilihan utama pengarca mobail kerana sifatnya yang ringan dan tahan lasak. Ia digabungkan dengan media lain termasuk penggunaan cat untuk mendapatkan penampilan yang bermakna dan mapan.

clip_image028

Pelbagai kertas untuk dijadikan mobail. Kertas tebal seperti maounting board, straw board, hard-board, kertas conqueror, box-board yang boleh dimplimentasikan di bahagian ruang dalam bangunan.

6.1.5 Bagaimana Proses Mobail Dihasilkan?

 

Rajah 6.8: Bahan yang digunakan untuk membentuk mobail

6.1.6 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Mobail

Mobail direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi  perhatian utama di dalam penghasilan mobail;

  • Menentukan subjek dan tema – Subjek dan tema ini mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa, kritikan, sindiran, saranan dan nukilan pengarca.
  • Menentukan alat dan media – Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan mobail.
  • Membuat tumbnail-print(membuat lakaran-lakaran kecil). Apakah pentingnya thumbnail-print? Sebelum sesuatu mobail dihasilkan, kita seharusnya melobi gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan seharusnya dihasilkan atau diperbanyakkan dapatannya. Daripada sejumlah besar sketsa ini tentunya ada yang mantap dan hebat yang tentunya pilihan yang sedemikian inilah yang dipilih.

  • Memilih salah satu lakaran yang terbaik – Pilih lakaran atau sketsa yang baik. Ciri baik dalam kriteria pemilihan ini berkaitan dengan  penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada mobail yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.
  • Memperinci lakaran – Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari mobail yang akan dihasilkan nanti.
  • Membuat karya/mobail – Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Kesemuanya diselaraskan dengan bahan dan alatan, kos pembinaan dan masa yang diperlukan.

6.1.7 Proses Membentuk Mobail

Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan mobail.

 

Rajah 6.9: Proses membentuk mobail

6.2 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

6.2.1 Ekspresi Diri

Persembahan hasil kerja  yang baik  dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan strukur seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Seterusnya hasilan ini mengambil kira kepada beberapa ciri yang berikut:

  1. Bentuk Mobail Menepati Tema dan Tajuk Tema adalah gambaran mesej yang ingin disampai dan dikongsi oleh pengarca kepada pemerhati. Lazimnya isu-isu semasa menjadi pilihan tema pengarca kerana keselarian isu dan minat pemerhati mengikut faktor semasa. Namun begitu, latar belakang minat pengarca juga boleh menjadi pilihan kerana ekspresi dalaman pengarca yang ingin dikongsi kepada umum. Misalnya, persoalan kepincangan masyarakat, isu agama dan gelagat politik semasa.
  1. Bahan Binaan Mobail Sesuai dengan Tujuan Hasilan Pilihan bahan penting kerana sifat bahan menentukan ketahanan dan kesesuaian mobail yang akan dihasilkan. Seringkali bahan binaan yang tahan lasak dan kuat digunakan untuk mobail di luar. Sebaliknya, bahan-bahan yang kurang lasak di dalam bangunan dan di tempat yang bertutup. Ringkasnya bahan binaan ini boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu mobail diluar dan mobail di dalam bangunan atau tempat yang tertutup.

 

Rajah 6.10: Klasifikasi bahan mobail

  1. Pastikan ia Kuat, Kukuh dan Selamat Soal kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan. Mobail perlu mempunyai jangka hayat yang panjang. Mobail juga perlu kukuh kerana peragaan diluar seringkali diancam oleh proses pengluluhawaan dan bencana alam. Tidak ada ertinya sesuatu mobail yang diperagakan sekadar dalam tempoh waktu yang pendek kerana tidak lasak dan tidak kuat. Tidak cukup dengan kukuh semata-mata, tetapi juga selamat terhadap pemerhati dan pengunjung. Pemerhati ada kemungkinan menyentuh dan mengusik  mobail tersebut.
  1. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik, Membentuk Suatu Komposisi Gubahan yang Artistik
    Menyusun atur komposisi bahan penting untuk artistik bahan dan mobail. Adunan rentak, pergerakan dan kontra bahan diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jelas, untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik. Tambahan pula kelainan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza dan kesesuaiannya.
  1. Mengaplikasi Prinsip-prinsip Rekaan seperti Rentak, Pergerakan, Kontra, Warna, Imbangan, Harmoni dan Kesatuan yang Menarik

 

Rajah 6.11: Aplikasi prinsip rekaan mobail

  1. Asli, Unik dan Berketrampilan Keaslian, keunikan dan ketrampilan boleh dihasilkan melalui proses kreativiti yang tinggi. Jauhi plagiarism dan hasilan klise. Ia boleh dilakukan dengan melakukan tindakan-tindakan yang berikut:
    • Suatu penampilan yang baru – penemuan melalui percubaan
    • Inovasi atau improvisiasi yang positif
    • Pemerhatian, penelitian dan rumusan pro-aktif
    • Cuba jaya yang tidak kenal erti putus asa.
    • Ramalan kepada  reka bentuk baru dan bersifat futuristik.

6.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut:

 

Rajah 6.12: Kemahiran-kemahiran dalam mengaplikasi alat dan bahan mobail

clip_image040

Rajah 6.13

6.2.3 Apresiasi Mobail

clip_image042

Rajah 6.14: Mobail daripada pelbagai bahan

clip_image044

Rajah 6.15: Apresiasi mobail

clip_image046

Rajah 6.16

RUMUSAN

  • Mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat.
  • Konsep mobail dikaitkan dengan objek apungan di udara tetapi mempunyai konsep simetri yang menarik.
  • Simetri mobail boleh bersifat tulen atau tidak tulen.
  • Alat dan bahan mempengaruhi bentuk mobail. Bagaimanapun apungan yang baik berkaitan dengan bahan yang ringan, tipis dan tahan lama.
  • Cantuman komponen mobail dibuat secara pateri/ kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan tanggam.
  • Kemasan mobail boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.
  • Peragaan mobail boleh dilakukan di tempat terbuka seperti di padang, tanah lapang, puncak gunung, puncak bangunan dan puncak pokok. Manakala peragaan di tempat tertutup mungkin dilakukan di dalam bangunan, dalam dewan, antara bangunan dan bilik darjah.

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...