Wednesday, September 28, 2011

PRINSIP-PRINSIP REKAAN

Pengenalan

Terdapat tujuh prinsip rekaan dalam seni yang merupakan tatacara yang penting untuk menyesuaikan unsur-unsur seni supaya suatu hasil seni adalah bermutu.Ketujuh-tujuh prinsip rekaan ini ialah harmaoni, keseimbangan, pergerakan ,kesatuan, kepelbagaian ,kontra dan penegasan.

A. Harmoni

Harmoni ialah gabungan unsur-unsur seni yang sesuai dalam suatu gubahan untuk melahirkan satu gubahan yang menarik dan selesa untuk dilihat.Prinsip harmoni bertanggungjawab mewujudkan kesatuan dalam hasil karya.

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghasilkan prinsip harmoni.Antaranya ialah penyusunan unsure-unsur rupa bentuk yang menghala kea rah yang sama seperti susunan motif corak pada bati lukis,penggunaan warna,rupa dan bentuk dari jenis yang sama,susunan unsur rupa.

Pada jarak yang sama atau penyusunan huruf-huruf di dalam reka bentuk poster serta melalui susunan rupa di dalam keadaan yang sama.Antara contoh ciptaan alam yang bersifat harmoni ialah, urat, daun, sisik ikan dan susunan kulit siput.

B. Keseimbangan
Keseimbangan ialah ialah keadaan yang sebanding atau tidak berat sebelah yakni sama antara satu sama lain.Imbangan terdapat dua jenis iaitu imbangan simetri dan tidak simetri.

Imbangan simetri boleh ditentukan dengan satu garisan lurus di bahagian tengah reka bentuk.Sebaliknya jikakedua-dua bahagian itu tidak sama maka ia dipanggil imbangan tidak simetri.Imbangan simetri boleh ditentukan berdasarkan garis lurus yang dibina di tengahsuatu objek.

Manakala imbangan tidak simetri pula merupakan objek yang tidak seimbang dari segi rupa bentuknya.kedua-dua bahagian bentuk tidak dapat diimbangi.Ia berbentuk tidak sama ukur.

C. Pergerakan

Prinsip pergerakan merupakan susunan unsur-unsur seni secara berulang-ulang atau berlapis-lapis.Susunan ini menimbulkan irama atau ilusi pergarakan dalam gubahan sesuatu benda.
Kesan-kesan pergerakan boleh dihasilkan oleh unsur-unsur garisan,rupa dan bentuk.Ia terhasil apabila terdapat kesinambungan dari satu unsur kepada satu unsur yang lain.Rupa yang tunggal tidak mempunyai prinsip pergerakan tetapi jika beberapa rupa yang sama diulangi ia secara bertindan-tindan akan akan menghasilkan pergerakan.

Antara contoh pergerakan semula jadi ialah seperti pergerakan ombak,air terjun dan hujan.Kesan-kesan pergerakan pelbagai saiz dapat memberikan ilusi pergerakan.Kesan pergerakan boleh wujud hasil daripada pengulangan imej.Imej yang bertindang secara berturutan memberikan kesan ilusi.

D. Kesatuan
Kesatuan ialah percampuran pelbagai objek untuk membentuk satu objek yang lain atau objek yang lebih berfungsi dan mempunyai makna yang lebih bererti.Dalam seni tampak kesatuan ialah prinsip yang murtamad dalam semua reka bentuk.

E. Kepelbagaian
Prinsip kepelbagaian ialah penggabungan pelbagai unsur-unsur seni dan idea-idea dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian menjadikan sesuatu hasil karya itu menjadi menarik dan tidak membosankan dari segi visualnya.Contoh-contoh prisip kepelbagaian banyak didapati pada karya-karya seperti iklan,mural,ilustrasi kulit majalah serta reka bentuk tekstil.

Prinsip kepelbagaian tidak boleh digunakan secara keterlaluan kerana kesatuan sukar untuk dicapai serta menimbulkan kecelaruan dalam sesuatu hasil karya.Selain penggunaan pelbagai unsur seni yang pelbagai, penggunaan media serta teknik yang berbeza-beza juga boleh menimbulkan kepelbagaian.

F. Kontra
Apabila wujud unsur-unsur yang bertentangan dalam sesuatu gubahan ia adalah kontra.Unsur yang bertentanagan ini adalah lebih daripada satu unsur.Ini akan menimbulkan kesan percanggahan dan dapat mewujudkan daya tarikan.

Tujuan kontra ialah untuk menonjolkan sesuatu yang menarik perhatian audien atau orang ramai dan seterusnya mesej yang hendak disampaikan dapat disampaikan dengan lebih berkasan.Selain itu kontra digunakan untuk penegasan dan kepelbagaian.

Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan prinsip kontra di dalam sesuatu hasil karya contohnya penggunaan garisan secara bertentangan arah,jalinan yang berlainan nilai kromanya.rupa yang berlainan jenis ataupun saiz yang berlainan boleh meninbulkan kesan kontra.

Kesan-kesan ini ditempatkan secara berdekatan akan menghasilkan kesan kontra yang lebih jelas.Jika semakin jauh ia ditempatkan maka semakin kuranglah kesan kontranya.

G. Penegasan
Penegsan ialah penonjolan suatu idea ataupun tema dalam sesuatu reka bentuk supaya ia menjadi tarikan utama.Cara ini dapat menunpukan perhatian terhadap mesej utama yang ingin disampaikan.

Terdapat pelbagai cara untuk menunjukan penegasan dalam sesuatu karya contohnya,menggariskan sesuatu objek utama, membulatkannya, mewarnakannnya , mencondongkan, menukar saiz dan menggunakan jenis muka taip yang berlainan.

Penegasan boleh diperoleh terutamanya melalui kontras contohnya perbezaan arah dalam reka corak dapat memberi penegasan juga perbezaan dari segi saiz,warna,rupa dan bentuk yang hendak ditegaskan ialah bahagian yang mempunyai sifat yang berlainan.Dalam penghasilan sesuatu hasil karya pelukis perlu bijak dalam merancang sesuatu reka letak serta perkara yang hendak dijadikan sebagai subjek utama.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment...

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...