Wednesday, September 28, 2011

UNSUR SENI REKA>>> JALINAN

A. Pengenalan
Jalinan ialah kesan-kesan yang terdapat pada permukaan benda atau objek.Semua objek sama ada objek semula jadi (sejadi) ataupun buatan manusia mempunyai kesan jalinan pada permukaannya.

Dalam seni visual,kesan jalinan dapat menimbulkan jisim dan bentuk.Karya yang mempunyai kesan jalinan akan kelihatan lebih menarik dan realistik.Ini boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti lukisan, catan, ukiran, cetakan, resis(batik), paulaman, capan dan gosokan.

Kesan jalinan pada permukaan objek memainkan pelbagai peranan.Sesetengahnya menpunyai tujuan estetika seperti pada badan rama-rama dan perhiasan jubin pada dinding rumah.Selain itu ia juga untuk tujuan keselamatan atau perlindungan.
Maksud lain jalinan ialah,sebarang kesan yang terdapat di atas permukaan benda.Kesan jalinan seperti corak yang dibuat daripada satu bahan dapat dirasai melalui ilusi.Jalinan boleh didapati dari hasil semula jadi atua hasil buatan manusia yang dibuat berdasarkan elemen-elemen seni.

B. Jenis-jenis Jalinan

a) Jalinan sentuh

Ialah permukaan yang dapat dilihat serta dapat dirasai melalui sentuhan. Sentuhan jari merupakan deria yang tepat untuk merasai kesan-kesan jalinan. Contoh kesan-kesan jalinan ialah kasar,halus menggerutu,lembut,lembik dan sebagainya.Antara contoh-contoh jalinan yang mempunyai ciri-ciri ini ialah kulit nenas,kulit oren, kulit kayu dan sebagainya.

b) Jalinan Tampak

Ialah kesan-kesan yang hanya dapat dilihat dengan panca indera.Ia hanya berada dalam ilusi.Contohnya ialah kulit tembikai dan gambar-gambar berbentuk dua dimensi.

C. Kategori Jalinan

Jalinan sentuh dapat kepada dua aspek iaitu jalinan dari objek alam semula jadi dan dari jalinan buatan manusia.Jalinan tampak ialah kesan yang terdapat pada sebarang benda yang hanya boleh dilihat.Kesan tampak tidak dapat dirasai oleh sentuhan tangan.Walaupun secara ilusi kita masih dapat merasai jalinannya,contohnya permukaan kulit tembikai.

Jalinan tampak dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
a)Objek semula jadi yang mudah didapati seperti pada kulit buah-buahan.Ia mempunyai fungsu-fungsi tertentu contohnya untuk keselamatan.

b)Objek buatan manusia,juga terdapat di sekeliling kita seperti tayar kenderaan yang berfungsi sebagai cenkaman di atas permukaan jalan.

1. Jalinan Dekoratif

Jalinan dekoraktif terjadi gosokan,relief permukaan objek atau satah gambar.Jalinan jenis ini digunakan bagi hiasan yang terdiri dari jalinan sentuh atau tampak.Jalinan adalah ciri-ciri penting yang membentuk perbezaan berbagai-bagai objek di dalam persekitaran visual.Melalui,sentuhan kita boleh merasakan sesuatu permukaan dan menerangkan sebagai:

a)Kasar
b)Lembut
c)Bersudut
d)Berbonjol
e)Berombak
f)Bergaris lengkung

Permukaan jalinan juga boleh dikesan dengan baik melalui penglihatan mata.Penglihatan kita berkemampuan menetapkan kadaan rupa, kedalaman,kontur dan warna melalui cahaya. Permukaan benda dan sifatrupa jalinan yang terdapat pada benda adalah bukti visual dari penglihatan mata kita. Ini kerana ada perbezaan dalam menentukan tahap pengcahayaan dan kontras.Ini terjadi di kawasan paling cerah dengan baying-bayang.

2. Jalinan Dari Jarak Dekat

Jalinan ini boleh dinyatakan dengan perkataan seperti kasar,lembut,pudar dan bersinar.Faktor seperti kontras,pigmen warna,corak ,jalinan,arah bagi sumber cahaya,pembalikan pada permukaandan jarak daripada penglihatan memberi kesan kepada persepsi dan persembahan jalinan.

3. Jalinan Melalui lukisan

Jalinan ini dapat dihsilkan melalui:

a)Catan
b)Lukisan
c)Lipatan
d)Tenunan
e)Gosokan
f)Tebukan
Sifat-sifat jalinan

a)Kasar contohnya kulit kayu.

b)Halus contohnya kain kapas.

c)Lembut contohnya kain sutera.

d)Tajam contohnya kulit nenas.

4. Jalinan dalam reka bentuk grafik

Jalinan ialah penyumbang utama kepada nilai keupayaan dan dimensi reka letak.Contohnya jalinan yang terdapat pada corak kain.Corak ialah sebahagian dari jalinan tampak yang membentuk ilusi jalinan.Jalinan juga dapat digunakanbagi menghasilkan penegasan.dalam reka bentuk grafik,penggunaan jalinan amat meluas yang merupakan salah satu eleman yang penting.

Antara contoh penggunaan jalinan adalah sepeti berikut.

a)Menghasilkan kontras yang menarik.

b)Menghubungkan imej dan latar belakang.

c)Memberikan mood atau identiti kepada hasil kerja.

D. Media yang digunakan untuk mencipta jalinan ialah:

a)Pen
b)Pensel
c)Cat air
d)Cat poster
e)Cat minyak
f)Gaharu cina
g)Kertas,gunting dan tampal

E. Teknik-teknik mencipta jalinan
a)Resis g)Anyaman
b)Stensil h)Membatik
c)Jahitan i)Catan impasto
d)Cakaran j)Ikat dan celup
e)Cetakan k)Gorok dan celup
f)Paulaman l)Renjis pada kertas basah

F. Fungsi dan nilai estetika
Jalinan mempunyai fungsi terutama pada alam benda semula jadi.Contohnya pada flora dan fauna.Antara fungsinya ialah:
a)Memberi perlindungan daripada musuh
b)Kulit yang keras dan berduri pada kulit buah nenas dan durian memberi perlindungan kepada isi buah tersebut.
c)Sarang labah-labah dapat memerangkap serangga kecil untuk dijadikan makanannya.
d)Kulit di luar kacang tanah dapat melingdungi isi yang berada didalamnya.

ü Fungsi pada benda buatan manusia

I. Corak kain baju membezakan kumpulan pemakainya.Sesetengah corak sesuai untuk kaum lelaki dan sesetengahnya pula sesuai untuk kaum wanita

II. Tayar dan tapak kasut berfungsi untuk mencengkam jalan raya supaya tidak gelincir.

III. Jalinan pada permukaan tuala dapat menyenangkan serta menambahkan daya penyerapan air.

IV. Jalinan pada bakul rotan ada nilai warisnya.Boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

V. Jalinan diatas permukaan tikar anyaman rotan ada nilai-nilai estetikanya.

VI. Jalinan pada permukaan tudung saji mempunyai nilai estetika dari reka coraknya.

G. Nilai Estetika Jalinan
Jalinan dapat menimbulkan kesan estetika yang menarik. Ia boleh memberikan daya tarikan yang tinggi pada penglihatan. Antaranya ialah;

I. Corak pada sayap rama-rama memberi corak yang berharmoni kepada alamnya.

II. Jalinan kain dan jalinan formika pula menambahkan kecantikan.

III. Jalinan juga boleh menimbulkan kontra di antara permukaan yang tidak berjalinan atau permukaan yang berlainan jalinan dengan permukaan yang berjalinan sederhana.

IV. Jalinan memberikan kesan bunga pada tayar dan tapak kasut untuk menarik perhatian pembeli.

V. Garisan yang berpusing pada sarang labah-labah menimbulkan kesan ruang yang menarik.

VI. Jalinan pada kulit kacang agak rumit dan menarik.

VII. Garisan yang rapat-rapat dan tersusun pada bakul rotan menghasilkan corak yang berseri.

H. Jalinan dalam karya seni

Jalinan abstrak merupakan jalinan yang dilukis di atasbentuk-bentuk atau imej abstrak.Jalinan yang dilukis oleh pelukis dapat memberikan kesan yang menarik dalam karya seni mereka.Kesesuaian jalinan dengan imej yang dikehendaki juga perlukan penyesuaian.Pelukis mestilah memikirkan jalinan dengan imej.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment...

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...