Wednesday, September 28, 2011

SUHU WARNA


Suhu warna tidak dapat diamati oleh pancaindera mata.Ianya hanya dapat dihayati melalui emosi.Ia boleh dinilai melalui nilai estetika.Kesemua warna boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu warna panas dan warna sejuk.Suhu warna akan memberi kesan yang tersendiri dan ia boleh dianggap sebagai laluan lain untuk mengatur dan menyusun_skema_warna.
Warna panas dapat menimbulkan kesan yang bertenaga,garang,cahaya kuat,harapan dan dekat.Warna panas dapat menimbulkan pelbagai perasaan seperti gembira, bersemangat, bertenaga, huru-hara,cemas dan lain-lain.Ia juga dapat menghidupkan lagi tema sesuatu hasil karya seperti catan yang bertemakan peperangan,kesedihan ,gembira dan sebagainya.

Warna Panas adalah warna yang mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang daripada keluarga warna sejuk. Keluarga warna ini terdiri daripada warna merah,jingga,ungu dan kuning . Keluarga warna ini bersifat merangsang sesuatu aktiviti yang aktif dan kreatif . Ia lebih merangsang minda aktif dan aktiviti fizikal .Ini bermakna, aktiviti yang melibatkan jasmani dan keaktifan minda, contohnya bersukan.

Kualiti bagi warna sejuk dan juga panas memberi kesan kepada hue warna yang berada dipersekitarannya.Darjah kesejukan dan kepanasan sesuatu warna boleh berubah atau dipengaruhi oleh kualiti warna persekitaran.Contohnya ketinggian darjah kesejukan boleh ditingkatkan dengan meletakan warna penggenap berhampirannya iaitu warna jingga.

Warna sejuk berlainan dengan keluarga warna panas. Keluarga warna ini banyak terlibat dengan aktiviti minda separa sedar. Keluarga warna ini juga berkait rapat dengan aktiviti yang berkaitan dengan emosi dan minda automatik ataupun kelebihan minda separa sedar yang meliputi memori ,khayalan,imaginasi , dan fantasi . Oleh itu , aktiviti yang bersesuaian dengan keluarga warna ini adalah muzik , menulis ataupun meditasi . Panjang gelombang warna-warna ini adalah lebih pendek daripada keluarga warna panas. Keluarga warna ini terdiri daripada warna biru,indigo dan violet.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment...

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...