Saturday, October 1, 2011

PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN

Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang atau juara dalam sesuatu jenis sukan disamping untuk memberi keseronokan. Pertandingan juga diwujudkan khas untuk mencari, menilai dan memilih pemain yang berpotensi sertaberkemahiran dalam permainan tersebut.Sesuatu pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistempertandingan yang berbeza. Antaranya ialah, sistem liga, klah mati, dan cabar-mencabar. Namun begitu, beberapa aspek lain perlu diambil kira sebelum menentukansistem pertandingan yang harus digunakan dalam sesuatu kejohanan.

clip_image002

PENGELOLAAN KEJOHANAN /

SISTEM PERTANDINGAN

1. Pengenalan

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

— Sistem ini digunakan apabila masa, pegawai pertandingan, kemudahan tempat dan peralatan, serta perbelanjaan adalah terhad.

— Juga kerana terlalu ramai penyertaan.

— Sistem ini juga dijalankan untuk pusingan kedua atau pusingan akhir selepas pertandingan secara liga dijalankan pada peringkat awal.

— Setiap peserta akan diundi untuk menentukan lawan masing-masing.

— Pemenang akan mara ke pusingan berikutnya, yang kalah tidak berpeluang bermain lagi.

— Jika perlawanan berakhir dengan seri, biasanya masa tambahan diberikan. Jika masih seri biasanya undian atau percubaan jaringan diberikan untuj menetukan pemenang.

2. Kelebihan

• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;

• Cepat memilih pemenang;

• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;

• Seronok untuk ditonton; dan

• Penyertaan ramai.

3. Kelemahan

• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik;

• Separuh daripada pasukan akan tersingkir selepas pusingan pertama;

• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain.

4. Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye).

— Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

— Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Cara ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:

5. Penentuan Bilangan Perlawanan

Penentuan Bilangan Perlawanan

— N – 1 iaitu menolak 1 daripada jumlah pasukan yang mengambil bahagian.

— Contoh, jika jumlah pasukan bertanding ialah 4, jumlah perlawanan ialah 3, iaitu 4 – 1 = 3. pasukan akan bertemu secara berpasangan mengikut undian seperti di bawah

clip_image004

clip_image006

6. Susunan Jadual Perlawanan

— Pasukan-pasukan yang berjumlah kuasa 2 akan bertemu berpasangan menurut undian. Seperti contoh di bawah;

clip_image008

Jika dalam sesuatu pertandingan, jumlah pasukan ialah 4, 8, 16, 32, 64, 128 dan sebagainya, ia tidak memerlukan pasukan menunggu (bye)

7. Menunggu (Bye)

— Akan berlaku jika bilangan pasukan atau peserta tidak boleh dibahagikan oleh 4 atau angka kuasa 2, iaitu 22, 23, 24, 25, 26 dan sebagainya.

— Bye hendaklah diletakkan pada kedua-dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah

— Bye terus diletakkan ke pusingan dua.

— Untuk mendapatkan bilangan bye yang diperlukan, bilangan pasukan hendaklah ditolak dengan kuasa 2 yang lebih tinggi daripadanya. Contoh jika bilangan pasukan bertanding 5, angka kuasa 2 yang lebih tinggi daripada 5 ialah 8 (23). Jadi 8 ditolak 5 maka bilangan bye ialah 3

Susunan Perlawanan

1. 6 pasukan bertanding

Jika 6 pasukan bertanding jadual perlawanan dengan 2 bye seperti berikut;

8 pasukan (8 - 6) = 2 bye

clip_image010

*** Jika bye adalah genap hendaklah diletakkan sama rata di bahagian atas dan bawah

Carta bilangan perlawanan pertandingan kalah mati 6 pasukan dengan 2 bye

2. Bilangan bye adalah ganjil

Susunan Perlawanan

Jika bilangan bye adalah ganjil satu lagi bye hendaklah ditambah di bahagian bawah seperti berikut;

5 pasukan (8 - 5) = 3 byeclip_image012

Carta bilangan perlawanan pertandingan kalah mati 5 pasukan dengan 3 bye

3. Melibatkan 12 pasukan

Susunan Perlawanan

Jumlah perlawanan kalah mati melibatkan 12 pasukan seperti berikut;

12 pasukan (16 - 12) = 4 byeclip_image014

Carta bilangan perlawanan pertandingan kalah mati 12 pasukan dengan 4 bye

4. 10 pasukan

Susunan Perlawanan

10 pasukan (16 - 10) = 6 byeclip_image016

Carta bilangan perlawanan pertandingan kalah mati 10 pasukan dengan 6 bye

5. Bye secara selang seli

clip_image018

Susunan Perlawanan

Susunan bye secara selang seli (interspersed byes)

26 pasukan (32 – 26) = 6 bye

6. Susunan bye secara selang seli

clip_image020

Susunan Perlawanan

Variasi susunan bye secara selang seli (interspersed byes)

26 pasukan (32 – 26) = 6 bye

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

Pakaian Pemain

i. Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan boleh membahayakan kepada pemain adalah di larang sama sekali. Pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-Shirt, satu set warna

ii. sama warna; pasukan tuan rumah hendaklah menukar pakaian pasukan mereka atau pasukan yang teratas di dalam senarai pertandingan.

iii. Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian merupakan sebahagian daripada anggota badan.

iv. Jersi/T-Shirt hendaklah dimasukan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.

v. Semua Jersi/T-Shirt bagi regu dan pasukan hendaklah sama warna, bernombor dibahagian belakang dari 01 hingga 15 dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi.

vi. Setiap pemain hendaklah diberi nombor tetap sepanjang kejohanan.

vii. Ketua regu hendaklah memakai 'arm band' di lengan kiri yang warnanya tidak sama dengan warna Jersi/T-Shirt.

viii. Mana-mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang di nyatakan di dalam Undang-Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan dari pihak teknikal terlebih dahulu.

Gelanggang Permainan

Gelanggang

i. Luas gelanggang 13.40m X 6.10m bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.

ii. Lebar semua garisan gelanggang tidak melebehi 0.04m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang.

iii. Semua garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.

Garisan Tengah

i. Garisan tengah selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.

Tiang

I. Ketinggian tiang ialah 1.55m [1.45m untuk 12 T] di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04m.

II. Kedudukan Tiang - tiang hendaklah di dirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

Jaring

I. Jaring hendaklah diperbuat dari nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06m - 0.08m.

II. Lebar jaring adalah 0.7m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10m selari dengan garisan tengah gelanggang.

III. Di kedua-dua hujung jaring di lekatkan pita 0.05m sebagai sempadan dari atas kebawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.

IV. Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan diatas paras tiang.

V. Ketinggian jaring dibahagian tepi setelah di regang ialah 1.55m [1.45m untuk 12T], manakala dibahagian tengah jaring 1.52m [1.42m untuk 12 T] dari permukaan gelanggang. Kawasan Sempadan Bebas Rintangan ialah 3.0m

Kawasan Sempadan Bebas Rintangan ailah 3.0m

clip_image022

Bola Takraw

I. Bola takraw hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat dari satu lapis fiber sintetik. 8.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

II. Mempunyai 12 lubang.

III. Mempunyai 20 pertemuan silang.

IV. Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m untuk pemain 15 & 18 Tahun dan 0.42m hingga 0.44m untuk pemain 12 Tahun.

V. Berat bola sebelum dimainkan diantara 170gm hingga 180gm untuk pemain 15 & 18 Tahun (Gajah Emas 501) dan 150gm hingga 160gm untuk pemain 12 Tahun (Gajah Emas 301)

VI. Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

VII. Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama [durable material] bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain.

VIII. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan dari ISTAF sebelum dimainkan di mana-mana kejohanan antarabangsa.

IX. Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu dari ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah di luluskan oleh pihak ISTAF sahaja.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment...

Feel free to comment...^^

HTML Comment Box is loading comments...